
Tukar seting Pengehadan dalam app Apple TV pada Windows
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, gunakan seting Pengehadan untuk mengesetkan pengehadan kandungan dan privasi untuk main balik, perkongsian, pembelian Apple TV dan Kedai.
Untuk menukar seting ini, pilih di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Pengehadan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penilaian Untuk | Pilih negara atau rantau untuk disetkan pengehadan. | ||||||||||
Penilaian Filem | Pilih paras pengehadan tontonan untuk filem dalam rantau dipilih. Anda boleh memilih Benarkan Semua Filem, Jangan Benarkan Filem atau salah satu penilaian tersedia untuk mengehadkan tontonan filem yang mempunyai penilaian tersebut dan ke bawah. Pilihan penilaian khusus tersedia berbeza mengikut negara atau rantau. | ||||||||||
Penilaian Rancangan TV | Pilih paras pengehadan tontonan untuk rancangan TV dalam rantau dipilih. Anda boleh memilih Benarkan Semua Rancangan TV, Jangan Benarkan Rancangan TV atau salah satu penilaian tersedia untuk mengehadkan tontonan rancangan TV yang mempunyai penilaian tersebut dan ke bawah. Pilihan penilaian khusus tersedia berbeza mengikut negara atau rantau. | ||||||||||
Butang Kunci | Selepas anda mengeset pengehadan penilaian, pilih |