![](https://help.apple.com/assets/65BAA3FCC69F006F9F06F993/65BAA3FEC69F006F9F06F999/ms_MY/0d1fdd38d3aed20932fbc868af8ccc2e.png)
Kawal perkara yang dimainkan dalam app Apple TV pada Windows
Sama anda menonton rancangan TV atau filem, anda mempunyai kawalan.
Tonton dalam skrin penuh
Semasa memainkan filem atau rancangan TV dalam app Apple TV
pada peranti Windows anda, pilih butang Skrin Penuh
dalam pemapar. Untuk keluar daripada skrin penuh, pilih anak panah
di penjuru kanan atas.
Tunjukkan atau sembunyikan kawalan main balik
Semasa memainkan filem atau rancangan TV dalam app Apple TV
pada peranti Windows anda, pilih pemapar untuk menunjukkan kawalan main balik.
Kawal main balik
Apabila kawalan main balik kelihatan dalam pemapar, garis masa menunjukkan masa berlalu dan baki masa. Bar padu menandakan berapa banyak item dicache (dimuat turun buat sementara dalam app Apple TV).
![Kawalan main balik dalam pemapar, termasuk butang untuk memainkan atau menjeda, langkau ke depan atau ke belakang dan laraskan kelantangan](https://help.apple.com/assets/65BAA3FCC69F006F9F06F993/65BAA3FEC69F006F9F06F999/ms_MY/8a3aa4e9a29cb2d80a791cfb724561b8.png)
Semasa main balik dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Main atau jeda: Pilih bahagian tengah butang Main
atau butang Jeda
.
Langkau ke belakang atau ke depan 10 saat: Pilih butang Langkau ke Belakang
atau butang Langkau ke Depan
untuk pergi ke belakang atau ke depan selama 10 saat. Pilihnya lagi untuk melangkau 10 saat lagi.
Putar balik atau maju pantas: Pilih titik pada garis masa untuk melangkau terus ke lokasi tersebut, atau seret penunjuk main ke kiri untuk memutar balik atau ke kanan untuk maju pantas.
Laraskan kelantangan: Seret gelangsar kelantangan ke kanan atau ke kiri untuk meningkatkan atau menurunkan kelantangan.
Dapatkan maklumat lanjut (jika tersedia): Pilih butang Info.
Aktifkan sari kata dan kapsyen tertutup (jika tersedia)
Semasa memainkan filem atau rancangan TV dalam app Apple TV
pada peranti Windows anda, pilih butang Kapsyen Tertutup dan Sari Kata
di penjuru kanan bawah, kemudian pilih pilihan audio atau sari kata daripada menu timbul.
Pilih bahasa audio atau trek audio (jika tersedia)
Semasa memainkan filem atau rancangan TV dalam app Apple TV
pada peranti Windows anda, pilih butang Pilihan Audio
di penjuru kanan bawah, kemudian pilih pilihan bahasa audio atau trek audio daripada menu timbul.
Aktifkan tontonan Gambar dalam Gambar
Anda boleh memainkan item daripada app Apple TV dalam pemapar kecil yang boleh disaiz semula yang berjalan di latar depan sementara anda melakukan tugas lain pada peranti anda.
Dalam app Apple TV
pada peranti Windows anda, mula memainkan filem atau rancangan TV.
Pilih butang Gambar dalam Gambar
di penjuru kanan bawah pemapar.
Item diruntuhkan ke pemapar kecil di penjuru kiri atas skrin anda.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Alihkan pemapar: Seret pinggir atas pemapar ke penjuru lain skrin anda.
Main atau jeda: Pilih pemapar, kemudian pilih butang Main
atau butang Jeda
yang kelihatan.
Kembali menonton dalam app Apple TV: Pilih pemapar, kemudian pilih butang naikkan skala
.
Henti main balik dan tutup pemapar: Pilih pemapar, kemudian pilih butang Tutup
.