Hadkan akses ke item dalam app Apple TV pada Mac
Dalam Keutamaan Sistem macOS, anda boleh mengehadkan akses kepada item dalam app Apple TV. Pengehadan kandungan ini, tersedia dalam anak tetingkap Masa Skrin, selalunya dirujuk sebagai kawalan ibu bapa. Anda boleh mengehadkan pelbagai kandungan dan aktiviti, seperti:
Membeli filem dan rancangan TV
Mainkan filem atau rancangan TV berdasarkan penilaian kandungan
Mainkan kandungan yang dikenal pasti sebagai eksplisit
Menyekat main balik item daripada hasil carian untuk kandungan yang dikenal pasti sebagai eksplisit
Buka keutamaan Masa Skrin untuk saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Dalam bar sisi, klik Kandungan & Privasi.
Jika Pengehadan Kandungan & Privasi dinyahaktifkan, klik Aktifkan.
Klik Kedai, kemudian pilih pilihan.