Langgan Apple TV+ atau saluran Apple TV dalam app Apple TV pada Mac
Anda boleh melanggan saluran yang tersedia dalam app Apple TV, termasuk Apple TV+.
Apple TV+ ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem, siri yang memenangi anugerah, drama yang mendebarkan, dokumentari yang menarik, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi—dengan item baharu ditambah setiap bulan.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple TV+ anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One. Lihat artikel Sokongan Apple Gabungkan langganan Apple dengan Apple One.
Saluran Apple TV membolehkan anda melanggan hanya saluran yang anda tonton secara mudah—seperti SHOWTIME, STARZ, Paramount+ dan banyak lagi.
Nota: Apple TV+, saluran Apple TV dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple TV+
Buka app Apple TV pada Mac anda.
Klik Tonton Sekarang.
Skrol ke bawah untuk melihat saluran Apple TV, kemudian pilih Apple TV+.
Klik butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda telah mempunyai Apple ID, anda boleh mendaftar masuk untuk memulakan percubaan percuma anda.
Langgan saluran Apple TV
Buka app Apple TV pada Mac anda.
Klik Tonton Sekarang.
Skrol ke bawah untuk melihat saluran Apple TV, kemudian pilih item.
Klik butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Batalkan langganan
Dalam app Apple TV pada Mac anda, pilih Akaun > Lihat Akaun Saya.
Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Dalam tetingkap Maklumat Akaun, skrol ke bawah ke bahagian Seting.
Klik pautan Urus bersebelahan Langganan, kemudian ikut arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Kongsi Apple TV+ atau saluran Apple TV
Apabila anda melanggan Apple TV+, saluran Apple TV atau Apple One, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima orang ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga anda tidak perlu melakukan apa-apa—Apple TV+ dan saluran Apple TV tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app TV selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple TV+ atau Apple One dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak menyertai, kumpulan tersebut menggunakan langganan anda.
Nota: Untuk berhenti berkongsi langganan Apple TV+ anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.