Pintasan papan kekunci dalam app Apple TV pada Mac
Dalam app Apple TV pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu app Apple TV di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Main Balik
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Main atau jeda episod yang dipilih | Bar Space |
Langkau ke depan (maju pantas) atau putar balik episod dipilih | Shift–Command–Anak Panah Kanan atau Shift–Command–Anak Panah Kiri |
Tingkatkan kelantangan | Command-Anak Panah Atas |
Kurangkan kelantangan | Command-Anak Panah Bawah |
Pergi balik | Command-Pendakap Kiri ( [ ) |
Pergi ke depan | Command-Pendakap Kanan ( ] ) |
Muat semula halaman | Command-R |
Cipta dan uruskan senarai main
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Cipta senarai main baharu | Command-N |
Cipta senarai main daripada pilihan lagu | Shift-Command-N |
Cipta Senarai Main Pintar baharu | Option-Command-N |
Mulakan Genius Shuffle | Option-Bar Space |
Segar semula senarai main (apabila senarai main dipilih) | Command-R |
Import fail video | Command-O |
Padamkan senarai main yang dipilih tanpa mengesahkan bahawa anda mahu memadamkannya | Command-Delete |
Padam senarai main yang dipilih dan semua lagu yang terkandung dalamnya dari pustaka anda | Option-Delete |
Padam lagu yang dipilih daripada pustaka anda dan semua senarai main | Option-Delete |
Umum
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Buka keutamaan TV | Command-Koma (,) |
Sembunyikan TV | Command-H |
Sembunyikan semua kecuali TV | Option-Command-H |
Keluar daripada TV | Command-Q |
Lihat aktiviti muat turun | Shift-Command-L |
Buka tetingkap TV | Command-0 (sifar) |
Tutup tetingkap TV | Command-W |
Minimumkan tetingkap | Command-M |
Tukar apa yang anda lihat
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Masuk atau keluar paparan skrin penuh | Control-Command-F |
Beralih antara saiz tetingkap tersuai dan maksimum | Option-klik butang hijau di penjuru kiri atas pada tetingkap TV |
Lihat tetingkap TV disaiz semula semasa anda mensaiz semula | Command-seret kawalan saiz semula di penjuru kanan bawah pada tetingkap |
Buka tetingkap Info untuk item dipilih | Command-I |
Dalam tetingkap Info, lihat info untuk item seterusnya atau sebelumnya dalam senarai | Command-N atau Command-P |
Buka tetingkap Pilihan Paparan untuk item yang dipilih | Command-J |
Tunjukkan medan penapis | Option-Command-F |
Tunjukkan atau sembunyikan bar status | Command-/ |