Setkan sekatan kandungan dalam app Apple TV pada Android
Anda boleh mengesetkan sekatan kandungan, yang biasanya dirujuk sebagai kawalan ibu bapa, untuk mengehadkan akses kepada filem atau rancangan TV di atas sesetengah penilaian.
Penting: Sekatan kandungan hanya digunakan pada peranti yang ia disetkan.
Pergi ke app Apple TV
pada peranti Android anda.
Ketik ikon akaun anda di penjuru kanan atas.
Jika anda tidak melihat ikon akaun anda, ketik
. Anda mungkin perlu mengetik beberapa kali.
Dalam menu Seting yang dibuka, ketik Sekatan Kandungan.
Cipta kod laluan empat digit.
Aktifkan Sekatan Kandungan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Hadkan filem yang tersedia dalam app Apple TV: Ketik Filem, kemudian ketik penilaian paling tinggi dibenarkan, atau ketik Jangan Benarkan untuk mengehadkan semua filem.
Hadkan rancangan TV yang tersedia dalam app Apple TV: Ketik Rancangan TV, kemudian ketik penilaian paling tinggi dibenarkan, atau ketik Jangan Benarkan untuk mengehadkan semua rancangan TV.
Ketik
untuk kembali ke menu Seting dan sekali lagi untuk kembali ke app Apple TV.
Sekatan kandungan digunakan serta-merta selepas anda mengesetkannya.
Untuk mengemas kini atau mengeluarkan sekatan kandungan, ketik ikon akaun anda untuk membuka Seting, ketik Sekatan Kandungan, masukkan kod laluan yang anda cipta, kemudian lakukan pelarasan.