Kawal main balik dalam app Apple TV pada Android
Apabila anda mula menonton dalam app Apple TV, anda boleh memainkan atau menjeda, melangkau ke depan atau ke belakang, mengaktifkan sari kata, mengaktifkan tontonan Gambar dalam Gambar dan banyak lagi.
Gunakan kawalan main balik
Pergi ke app Apple TV
pada peranti Android anda.Semasa main balik, ketik skrin untuk menunjukkan kawalan, kemudian ketik mana-mana kawalan yang disenaraikan di bawah:

Strim Fly Me to the Moon pada app Apple TV dengan langganan Kawalan
Perihalan

Mulakan main balik.

Jeda main balik.

Langkau ke belakang 10 saat.

Langkau ke depan 10 saat.

Tukar trek audio.

Paparkan sari kata dan kapsyen tertutup.

Laraskan atau senyapkan kelantangan.



Henti main balik.
Aktifkan sari kata dan kapsyen tertutup
Anda boleh mengaktifkan sari kata atau kapsyen tertutup (jika tersedia) dalam app Apple TV, atau mengaktifkannya buat sementara jika anda terlepas dialog.
Semasa main balik dalam app Apple TV
pada peranti Android anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Aktifkan sari kata atau kapsyen tertutup: Ketik skrin untuk menunjukkan kawalan main balik, kemudian ketik
dan pilih pilihan yang anda suka.Tukar gaya sari kata atau kapsyen: Ketik skrin untuk menunjukkan kawalan main balik, ketik
, ketik Gaya, kemudian pilih keutamaan kapsyen.Aktifkan sari kata untuk 10–30 saat sebelumnya: Ketik
untuk setiap peningkatan 10 saat, sehingga tiga kali selama 30 saat.Aktifkan sari kata semasa audio disenyapkan: Ketik
.
Aktifkan tontonan Gambar dalam Gambar
Anda boleh terus menonton filem dan rancangan TV Apple TV sementara anda menggunakan app lain.
Semasa main balik dalam app Apple TV
pada peranti Android anda, ketik skrin untuk menunjukkan kawalan main balik.Ketik
di penjuru kiri atas pemapar.Item diruntuhkan menjadi pemapar kecil.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Main atau jeda: Ketik pemapar, kemudian ketik
atau
.Langkau ke belakang atau ke depan 10 saat: Ketik pemapar, kemudian ketik
atau
.Pulihkan gambar lebih kecil ke skrin penuh: Ketik pemapar, kemudian ketik
.Tutup gambar yang lebih kecil: Ketik pemapar, kemudian ketik
.
Strim video daripada app Apple TV ke peranti lain
Pergi ke app Apple TV
pada peranti Android anda.Ketik
, kemudian pilih peranti di bawah Pancar Ke.Untuk menghentikan penstriman, ketik
, kemudian pilih Henti Memancar.