Langgan Apple TV dalam app Apple TV pada Android
Anda boleh melanggan Apple TV dalam app Apple TV pada peranti Android anda.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple TV anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Di sesetengah negara dan rantau, anda mungkin tidak dapat menggunakan Google Play Store untuk melanggan Apple TV. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple TV
Apple TV ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan siri, filem, dokumentari, Major League Soccer (MLS), perlawanan berganda Friday Night Baseball, Formula 1 di A.S. yang terkenal dan banyak lagi.
Pergi ke app Apple TV
pada peranti Android anda.Ketik Apple TV di bahagian bawah skrin, kemudian ketik butang langganan atau percubaan percuma.
Semak butiran percubaan percuma (jika layak) dan langganan dalam Google Play Store, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Batalkan langganan anda
Pergi ke app Apple TV
pada peranti Android anda.Ketik ikon akaun anda di penjuru kanan atas untuk membuka menu Seting.
Ketik Seting Akaun, kemudian ketik Urus Langganan.
Ikuti arahan atas skrin dalam Google Play Store untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Nota: Apple TV, Friday Night Baseball, Major League Soccer (MLS), Formula 1 dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.