tvOS 18.0
Aktifkan Kapsyen Langsung dalam FaceTime pada Apple TV
Apple TV boleh menggunakan kecerdasan pada peranti untuk menunjukkan perbualan FaceTime anda atas skrin.
Pergi ke Seting
pada Apple TV.
Pergi ke Kebolehcapaian, kemudian pilih Kapsyen Langsung dalam FaceTime untuk mengaktifkannya.
Anda juga boleh mengaktifkan kapsyen semasa panggilan FaceTime menggunakan kawalan FaceTime. Lihat Gunakan kawalan FaceTime semasa panggilan pada Apple TV.
Nota: Kapsyen Langsung dalam FaceTime hanya tersedia di A.S. dan Kanada. Ketepatan Kapsyen Langsung mungkin berbeza-beza dan tidak sepatutnya digunakan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan.