tvOS 18.0
Dengar bersama-sama dengan dua pasang fon kepala pada Apple TV
Anda boleh menghantar audio daripada Apple TV anda ke sehingga dua pasang AirPods atau fon kepala Beats yang serasi.
Sambungkan AirPods atau fon kepala Beats anda ke Apple TV.
Semasa menonton filem atau rancangan TV atau mendengar muzik, tekan dan tahan
untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian navigasi ke
.
Pilih Kongsi Audio, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memasangkan set fon kepala yang kedua.
Audio ruang diperibadikan tidak tersedia apabila dua pasang fon kepala disambungkan.
Nota: Perkongsian audio memerlukan Apple TV 4K (lihat Apple TV mana yang saya ada?).