Mainkan muzik bersama-sama menggunakan SharePlay pada Apple TV
Jika anda melanggan ke Apple Music, anda boleh mengehoskan sesi SharePlay pada Apple TV anda supaya sesiapa dalam rumah anda boleh mengawal main balik muzik. Sesiapa boleh menyertai menggunakan app Muzik pada peranti mereka walaupun jika mereka tidak mempunyai langganan Apple Music.
Pergi ke app Muzik pada Apple TV.
Mula memainkan lagu, atau navigasi ke Kini Dimainkan di bahagian atas skrin.
Tunjukkan kawalan main balik, leret ke bawah pada pad klik atau permukaan sentuh, kemudian pilih .
Jika anda belum menggunakan SharePlay pada Apple TV sebelum ini, gunakan papan kekunci atas skrin dan pemilih ikon profil untuk memilih cara anda kelihatan dalam senarai main dalam sesi dikongsi. Apabila anda selesai, pilih Selesai.
Pada iPhone atau iPad anda, buka app kamera, imbas kod QR yang kelihatan pada skrin TV anda, kemudian ketik Sambung pada peranti.
Pada Apple TV, pilih pemberitahuan permintaan SharePlay, kemudian pilih bersebelahan peserta.
Peserta SharePlay kini boleh melihat perkara yang dimainkan pada Apple TV, mengawal main balik dan menambah lagu daripada peranti mereka.
Semasa mendengar bersama-sama, lakukan mana-mana daripada berikut:
Kawal main balik (jeda muzik, pergi ke lagu seterusnya dan banyak lagi): Gunakan kawalan main balik pada Apple TV atau pada peranti yang mengambil bahagian. Lihat Kawal main balik muzik dalam Kini Dimainkan.
Urus baris gilir Main Seterusnya dikongsi: Tambah lagu, album dan senarai main ke baris gilir, keluarkan muzik dan banyak lagi. Lihat Gunakan baris gilir Kini Dimainkan.
Lihat lirik: Pastikan di bahagian bawah skrin dipilih. Lihat Lihat lirik lagu.
Nota: Jika lirik tidak tersedia untuk lagu, lirik tidak kelihatan apabila anda memilih .
Jemput orang lain ke sesi: Pilih , kemudian kongsi kod QR dengan orang lain.
Nota: Nombor dalam butang SharePlay menunjukkan jumlah orang yang mendengar bersama-sama.
Untuk meninggalkan sesi SharePlay, lakukan salah satu yang berikut:
Dalam app Muzik, pilih , kemudian pilih Keluarkan Tetamu, atau pilih bersebelahan tetamu tunggal untuk hanya mengeluarkan orang tersebut.
Ketik Jeda atau Putuskan Sambungan pada peranti yang menyertai.