Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cipta kekunci fungsi tersuai dalam Terminal pada Mac
Anda boleh mencipta kekunci fungsi tersuai dalam Terminal untuk membantu anda bekerja dengan lebih berkesan.
Pergi ke app Terminal pada Mac anda.
Pilih Terminal > Seting, kemudian klik Profil.
Pilih profil dalam senarai di bahagian kiri.
Klik Papan Kekunci.
Pilih kekunci sedia ada dalam senarai Kekunci dan klik Edit, atau klik untuk mencipta gabungan kekunci baharu.
Klik menu timbul Kekunci, kemudian pilih kekunci.
Pilih menu timbul Pengubah Suai, kemudian pilih kekunci pengubah suai (pilih “tiada” jika anda tidak mahu menggunakan pengubah suai dengan kekunci).
Klik menu timbul Tindakan, kemudian pilih fungsi yang anda mahu kekunci laksanakan.
Masukkan rentetan yang anda mahu untuk peruntukkan kombinasi kekunci ini, kemudian klik OK.