Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Hadkan bilangan baris skrol balik dalam Terminal pada Mac
Terminal mengekalkan log yang membenarkan anda skrol balik melalui semua kandungan yang ditaip oleh pengguna. Semakin lama, jumlah maklumat akan lebih berkembang, menjadikannya sukar untuk skrol balik melalui kandungan.
Menggunakan seting Terminal, anda boleh menukar bilangan baris yang dikekalkan dalam sesuatu sesi.
Pergi ke app Terminal pada Mac anda.
Pilih Terminal > Seting, kemudian klik Profil.
Dalam senarai profil di sebelah kiri, pilih profil.
Klik Tetingkap.
Dalam bahagian Skrol Balik, pilih “Hadkan bilangan baris kepada,” kemudian masukkan bilangan baris.