Buka atau cari Galeri Pintasan menggunakan skema URL pada iPhone atau iPad
Pintasan menawarkan dua pilihan skema URL untuk berinteraksi dengan Galeri: satu untuk membuka Galeri dan satu lagi untuk mencari dalam Galeri. Skema URL boleh digunakan di semua tempat yang URL boleh digunakan—app anda sendiri, dalam pelayar web atau dalam baris perintah.
Buka Galeri daripada URL
Buka URL dengan struktur berikut:
shortcuts://gallery
Pintasan dibuka, menunjukkan halaman utama Galeri.
Cari Galeri daripada URL
Buka URL dengan struktur berikut:
shortcuts://gallery/search?query=[query]
Parameter
query
menentukan kata kunci dikodkan URL untuk dicari dalam Galeri.Contohnya, jika anda mahu menghantar pautan kepada seseorang untuk meneroka pintasan bagi foto yang tersedia dalam Galeri, anda boleh menyuruh mereka untuk membuka
shortcuts://gallery/search?query=photos