Ubah suai warna dan ikon pintasan pada iPhone atau iPad
Secara lalai, pintasan baharu memaparkan ikon pintasan dan salah satu daripada 15 warna. Anda boleh menyesuaikan penampilan pintasan (segi empat dalam koleksi pintasan anda) dengan menukar warnanya dan memberinya ikon yang lebih mewakili tugasnya.
Dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik pada pintasan yang anda mahu ubah suai.
Ketik Ikon bersebelahan nama pintasan, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tukar warna pintasan: Ketik sampel warna.
Tukar glif (ikon) pintasan: Ketik ikon.
Untuk menyimpan perubahan anda, ketik Selesai.
Petua: Apabila anda menambah pintasan ke Skrin Utama peranti iOS atau iPadOS, anda juga boleh menggunakan foto daripada pustaka foto anda sebagai ikon. Lihat Tambahkan pintasan ke Skrin Utama pada iPhone atau iPad.