Gunakan tindakan Tunjukkan Isyarat dalam pintasan pada iPhone atau iPad
Tindakan Tunjukkan Isyarat memberikan dialog arbitrari pada masa jalanan. Dialog mengandungi tajuk, perihalan dan butang Selesai (untuk meneruskan pintasan) dan butang Batal pilihan (untuk menghentikan pintasan). Gunakan Tunjukkan Isyarat untuk berkongsi maklumat dengan pengguna, memberikan mesej amaran, menjeda pintasan pada titik khusus dan sebagainya.
Tunjukkan Isyarat berguna untuk memaparkan maklumat dalam widget Pintasan atau pada Apple Watch. Contohnya, anda boleh mencipta pintasan yang menentukan masa matahari terbit dan terbenam dan memaparkan isyarat berserta ringkasan.
Anda juga boleh menggunakan tindakan Tunjukkan Isyarat untuk nyahpepijat pintasan apabila anda tidak mendapat hasil pintasan yang anda mahukan. Dengan menyerahkan kandungan kepada Tunjukkan Isyarat, anda boleh pratonton output tindakan sebelumnya pada titik tertentu dalam pintasan, kemudian batalkan pintasan tersebut jika perlu.