Baharu dalam Pintasan 12.3 untuk Mac
Umum
Pemberitahuan kini boleh dinyahaktifkan untuk Automasi (apabila Tanya Sebelum Jalankan dinyahaktifkan).
Tag app Peringatan kini disokong dalam tindakan Tambah Peringatan Baharu, Cari Peringatan dan Edit Peringatan.
Tindakan Dapatkan Halaman Web Semasa daripada Safari kini menyokong pengambilan butiran seperti nama, kandungan halaman dan pilihan.
Tindakan Setkan Destinasi Main Balik kini menyokong menambah dan mengeluarkan destinasi main balik, supaya anda boleh memainkan pada berbilang peranti pada masa yang sama.
Tindakan Terjemahkan Teks dan Kesan Bahasa kini dikuasakan oleh Terjemahan Apple.
Tindakan Ambil Foto kini disokong.
Tindakan Ekstrak Teks daripada Imej kini menyokong semua bahasa yang disokong oleh Teks Langsung.
Tindakan Tamat Jika dan Tamat Ulangan kini boleh diseret dalam editor pintasan.
Tindakan Cari dan Tapis mempunyai reka bentuk yang dipertingkatkan.
Mendwiklik item dalam tindakan Pilih daripada Senarai kini memilih item dan pintasan terus berjalan.
Anda kini boleh menambah pintasan ke Dock daripada menu Control-klik dalam Pintasan Saya.
Dialog entri teks kini boleh ditutup dengan menekan Command-Return.
Kotak semak Berikan Output kini tersedia dalam paparan Butiran, menjadikannya mudah untuk menggunakan pintasan dengan output.
Ikon Tindakan dalam editor pintasan mempunyai penampilan baharu.
Tindakan Cepat Automator kini boleh ditukarkan ke pintasan.
Kurang gesaan privasi ditunjukkan, terutamanya untuk pintasan yang anda karang sendiri.
Setiap pintasan dalam Galeri kini termasuk butang Kongsi.
Editor pintasan
Mengklik butang Delete dalam tindakan pada editor pintasan berfungsi dengan lebih berkesan.
Kestabilan entri teks dalam editor pintasan telah dipertingkatkan.
Item kini boleh disusun semula dengan berkesan dalam tindakan Pilih daripada Menu.
Editor pintasan telah dipertingkatkan untuk kemudahan penggunaan dan kebolehpercayaan.
Penskripan
Senarai pintasan kini memuat lebih cepat dalam app Mac pihak ketiga, terutama untuk pengguna dengan banyak pintasan.
App Peristiwa Pintasan, yang memberikan kefungsian penskripan untuk Pintasan, tidak lagi perlu dibuka secara manual sebelum ia boleh digunakan daripada skrip.
Apabila mengambil pintasan melalui AppleScript, pintasan dikembalikan dalam tertib pengguna dan bukannya dalam tertib mengikut abjad.
Peningkatan tambahan
Tindakan Jalankan Pintasan kini lebih laju dan lebih boleh dipercayai.
Tindakan Gabungkan Imej tidak lagi menghasilkan imej kosong.
Tindakan Tindih Imej kini menggunakan koordinat yang disauhkan ke bahagian kiri bawah imej dan bukannya di bahagian kiri atas.
Tindakan Buka URL lebih boleh dipercayai apabila dijalankan daripada Apple Watch.
Tindakan Tunjukkan dalam Kalendar kini menyokong menunjukkan tarikh tertentu, selain daripada peristiwa kalendar.
Tindakan Edit Peristiwa Kalendar lebih boleh dipercayai apabila menambahkan lampiran.
Tindakan Tunjukkan Halaman Web kini termasuk butang Batal dan Selesai.
Tindakan Hantar Mesej kini menyokong lampiran foto apabila dijalankan daripada Siri.
Tindakan Buka App kini menyokong pelancaran app mampu CarPlay dalam CarPlay.
Tindakan Setkan Kelantangan kini menyokong AirPods yang disambungkan ke Mac.
Tindakan Hantar E-mel kini menyokong memilih akaun yang menghantar e-mel.
Tindakan Pisahkan Skrin App kini lebih boleh dipercayai apabila app masih belum dibuka.
Tindakan Keluarkan Cakera kini lebih boleh dipercayai apabila mengeluarkan pemacu cakera luaran.
Tindakan Padam Fail tidak lagi gagal untuk memadamkan fail dalam Dropbox.
Tindakan Dapatkan Keadaan Rumah Saya kini mengembalikan hasil dengan lebih berkesan.
Tindakan Pinboard tidak lagi menunjukkan gesaan rantai kunci yang tidak dijangka.
Automasi Masuk Tidur Bermula dan Waktu Tidur Bermula kini tercetus dengan lebih berkesan.
Dalam pemboleh ubah Butiran Peranti, pilihan Lebar Skrin dan Tinggi Skrin kini mengembalikan nilai yang betul.
Menukar teks ke PDF kini berfungsi dengan lebih berkesan.
Tindakan berkaitan kalendar kini dijalankan dengan lebih berkesan.
Aplikasi kini memperoleh fokus apabila dialog pintasan ditutup.