Perihal peringatan dinaik taraf pada Mac
App Peringatan dalam macOS 10.15 atau lebih baru menjadikannya mudah untuk mencipta peringatan dengan beberapa ciri baru, termasuk Senarai Pintar, keupayaan Siri yang dipertingkatkan, bar alat baru dan banyak lagi. Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu menaik taraf peringatan dalam akaun iCloud anda.
Nota: Peringatan dinaik taraf tidak serasi ke belakang dengan app Peringatan dalam versi iOS dan macOS yang lebih awal.
Sebelum anda bermula, pastikan Mac anda disambungkan ke internet. Kali pertama anda membuka Peringatan, skrin Selamat Datang ke Peringatan membawa anda menerusi proses naik taraf. Jika anda memilih untuk menaik taraf kemudian, klik Naik Taraf (bersebelahan akaun iCloud anda dalam app Peringatan) apabila anda bersedia untuk menaik taraf.
Proses naik taraf mempengaruhi peringatan dalam akaun iCloud utama anda sahaja. Peringatan dalam semua akaun lain, termasuk akaun iCloud kedua pada peranti anda, kekal tidak berubah.
Lihat peringatan anda pada peranti lain
Anda boleh melihat dan mengedit peringatan dinaik taraf anda pada peranti dengan macOS 10.15, iOS 13, iPadOS 13, atau lebih baru yang anda daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama.
Anda tidak boleh mengakses peringatan pada mana-mana yang berikut:
Peranti dengan versi macOS atau iOS lebih awal. Sebarang peringatan yang anda cipta pada peranti tersebut kelihatan hanya pada peranti dengan versi iOS atau macOS lebih awal.
App iCloud untuk Windows
Pada Mac dengan versi macOS yang lebih awal atau pada Windows PC, anda boleh mengakses peringatan dinaik taraf anda menggunakan pelayar web. Pergi ke Peringatan pada iCloud.com, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda.
Senarai dikongsi
Selepas anda menaik taraf peringatan, anda boleh berkongsi senarai dengan orang lain yang juga telah menaik taraf peringatan mereka. Orang yang belum menaik taraf lagi tidak boleh melihat senarai dikongsi anda. Selain itu, anda tidak boleh melihat senarai yang dikongsi dengan anda sehingga pemilik senarai menaik taraf peringatan iCloud mereka.
Jika anda berkongsi senarai menggunakan Perkongsian Keluarga, senarai tersebut bertukar ke susunan perkongsian standard apabila pengurus keluarga menaik taraf peringatan mereka. Senarai ditukar boleh mempunyai peserta yang bukan ahli keluarga.