Naik taraf peringatan iCloud anda pada Mac
Jika Mac anda menggunakan macOS 10.15 atau lebih baharu, anda boleh menaik taraf peringatan iCloud anda untuk menggunakan Senarai Pintar, subtugas, tag, kumpulan senarai peringatan dan banyak lagi.
Nota: Peringatan iCloud dinaik taraf tidak serasi ke belakang dengan app Peringatan dalam versi macOS yang lebih awal. Selepas anda menaik taraf peringatan iCloud, anda tidak boleh membuat asal peringatan.
Naik taraf peringatan iCloud
Pada Mac anda, pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, klik iCloud dalam bar sisi, kemudian pastikan kotak semak Peringatan dipilih dalam senarai di sebelah kanan.
Dalam app Peringatan pada Mac anda, klik butang Naik Taraf dalam bar sisi Peringatan, kemudian ikut arahan atas skrin.
Jika anda tidak melihat butang Naik Taraf, anda telah selesai—peringatan iCloud anda telah dinaik taraf.
Nota: Proses naik taraf mempengaruhi peringatan dalam akaun iCloud utama anda sahaja. Peringatan dalam semua akaun lain, termasuk akaun iCloud kedua pada peranti anda, kekal tidak berubah.
Di manakah saya boleh melihat peringatan iCloud saya yang dinaik taraf?
Anda boleh melihat dan mengedit peringatan iCloud yang dinaik taraf anda dalam app Peringatan pada peranti dengan macOS 10.15 atau lebih baharu, iOS 13 atau lebih baharu, iPadOS 13 atau lebih baharu, yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Jika anda perlu melihat peringatan iCloud dinaik taraf pada Mac dengan versi macOS yang lebih awal atau pada Windows PC, anda boleh mengakses peringatan dinaik taraf menggunakan pelayar web. Pergi ke Peringatan pada iCloud.com, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda.
Anda tidak boleh mengakses peringatan iCloud yang dinaik taraf anda dalam app Peringatan pada peranti dengan versi macOS atau iOS yang lebih awal, atau dalam app iCloud untuk Windows.
Jika anda menggunakan senarai peringatan dikongsi
Selepas anda menaik taraf peringatan iCloud, anda boleh berkongsi senarai dengan orang lain yang juga telah menaik taraf peringatan iCloud mereka. Orang yang belum menaik taraf lagi tidak boleh melihat senarai dikongsi anda. Selain itu, anda tidak boleh melihat senarai yang dikongsi dengan anda sehingga pemilik senarai menaik taraf peringatan iCloud mereka.
Jika anda berkongsi senarai menggunakan Perkongsian Keluarga, senarai tersebut bertukar ke susunan perkongsian standard apabila pengelola keluarga menaik taraf peringatan mereka. Senarai ditukar boleh menyertakan peserta yang bukan ahli keluarga.