Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cetak senarai peringatan pada Mac
Anda boleh mencetak senarai peringatan pada Mac anda. Sebagai contoh, anda mungkin mahu mencetak senarai supaya anda boleh membawanya bersama ketika anda membeli belah, melekatkannya di peti ais, atau berikan kepada orang lain.
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih senarai peringatan dalam bar sisi.
Nota: Anda tidak boleh mencetak Senarai Pintar.
Pilih Fail > Cetak.
Dalam dialog Cetak, semak seting dan tukarnya jika perlu.
Klik Cetak.