![](https://help.apple.com/assets/58C4E1F7094622104C7BE70B/58C4E1F8094622104C7BE714/ms_MY/66311af75b9c0b7be6adcbbbd9ddc1c4.png)
Tambah atau ubah peringatan
Tambah Peringatan untuk tugasan, projek, barangan dapur dan apa-apa sahaja yang anda mahu ikuti perkembangannya dan susun peringatan anda dalam senarai. Anda juga boleh tambah peringatan untuk kembali kepada sesuatu yang anda sedang lakukan dalam app lain sambil anda menggunakannya, seperti halaman web dalam Safari. Anda boleh mengubah butiran peringatan, senarai nama dan lebih lagi bila-bila sahaja anda suka. Peringatan baru anda dan perubahan anda muncul pada semua peranti anda yang anda sediakan dengan akaun yang sama.
Tambah senarai peringatan
Klik butang Tambah Senarai
di sebelah kiri, kemudian pilih akaun, jika anda mempunyai lebih dari satu tersedia.
Masukkan nama untuk senarai peringatan baru anda, kemudian tekan Return.
Tambah peringatan
Pilih senarai peringatan di sebelah kiri, kemudian klik butang Tambah
di bahagian kanan atas (atau gunakan Touch Bar).
Masukkan teks untuk peringatan, kemudian tekan Return.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti:
“Ingat untuk membeli mentol”
“Tambah pisang pada senarai runcit saya”
Tambah peringatan daripada app lain
Ingatkan diri anda sendiri untuk kembali ke halaman web, e-mel, lokasi peta atau perkara lain dalam app lain sambil anda menggunakannya—tanpa bertukar ke Peringatan.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Ingatkan saya esok tentang perkara ini.” Ketahui lanjut tentang Siri.
![Dialog butiran untuk peringatan ditambah daripada Safari.](https://help.apple.com/assets/58C4E1F7094622104C7BE70B/58C4E1F8094622104C7BE714/ms_MY/6e98e2bfe37e930b799ebca5b2b03259.png)
Sambil anda menggunakan app lain, pilih sesuatu yang boleh dikongsi, klik butang Kongsi
, kemudian pilih Peringatan. Sebagai contoh, anda boleh mencipta peringatan untuk halaman web yang anda sedang lihat dalam Safari, nota dipilih dalam Nota, lokasi atau arah dalam Peta, atau kad yang anda sedang lihat dalam Kenalan.
Jika app tidak mempunyai butang Kongsi, Control-klik apa yang anda mahu ingati, kemudian pilih Kongsi > Peringatan. Sebagai contoh, anda boleh Control-klik subjek mesej Mail untuk mencipta peringatan buat mesej itu, atau tajuk peristiwa Kalendar untuk mencipta peringatan buat peristiwa.
FaceTime membolehkan anda mencipta peringatan apabila menolak panggilan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Buat dan terima panggilan video dan audio.
Dalam sesetengah app, menu Kongsi tidak termasuk Peringatan jadi anda tidak boleh menggunakannya untuk mencipta peringatan untuk item yang dipilih atau lokasi.
Tambah atau ubah butiran peringatan, kemudian klik Tambah.
Berikut adalah perkara yang anda boleh tambah atau ubah semasa menambah peringatan daripada app lain:
Senarai peringatan: Klik menu timbul di penjuru kiri bawah dialog, kemudian pilih senarai peringatan.
Nama: Pilih nama bersebelahan butang Info
, kemudian masukkan yang baru.
Pemberitahuan atau keutamaan: Klik butang Info
, kemudian tentukan bila atau di mana untuk dimaklumkan, atau setkan keutamaan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pemberitahuan peringatan, lihat Setkan pemberitahuan untuk peringatan. Tanda seru muncul dalam senarai peringatan untuk menunjukkan keutamaan: satu untuk rendah, dua untuk sederhana dan tiga untuk tinggi.
Nota: Masukkan nota di bawah nama.
Ikon app ditambah ke peringatan anda supaya anda boleh kembali ke item dari mana anda cipta peringatan, seperti halaman web Safari, mesej Mail, atau lokasi Peta.
Tambah atau ubah butiran peringatan
Tempatkan penuding di atas peringatan, kemudian klik butang Info
, atau dwiklik kawasan kosong di sebelah nama peringatan.
Anda juga boleh klik paksa peringatan; atau pilih, kemudian gunakan Touch Bar.
Lakukan mana-mana antara yang berikut.
Ubah nama itu: Masukkan nama baru.
Anda juga boleh klik nama peringatan dalam senarai peringatan, kemudian ubah namanya.
Sentiasa diingatkan apabila anda tiba di atau bertolak dari sesuatu lokasi: Pilih hari, tentukan lokasi, atau kedua-duanya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pemberitahuan peringatan, lihat Setkan pemberitahuan untuk peringatan.
Anda juga boleh memilih Lihat > Tunjukkan Kalendar, kemudian seret peringatan ke tarikh pada kalendar dalam bar sisi. Untuk seret peringatan, klik kawasan kosong ke bahagian kanan namanya.
Tambah nota: Masukkan nota.
Ubah keutamaan: Klik menu timbul keutamaan, kemudian pilih pilihan.
Tanda seru muncul dalam senarai peringatan untuk menunjukkan keutamaan: satu untuk rendah, dua untuk sederhana dan tiga untuk tinggi.
Anda juga boleh mengubah keutamaan dengan memilih satu atau lebih peringatan, kemudian menekan Command-1 untuk rendah, Command-2 untuk sederhana, Command-3 untuk tinggi, atau Command-4 untuk tiada.
Petua: Untuk mencipta dengan mudah peringatan lokasi untuk alamat yang anda kerap lawati—seperti kerja atau rumah—tambah alamat itu ke kad anda dalam Kenalan. Kemudian, apabila anda setkan peringatan lokasi, senarai lokasi dicadangkan termasuk alamat daripada kad anda.
Ubah nama atau warna senarai
Jika bar sisi tidak kelihatan, pilih Lihat > Tunjukkan Bar Sisi.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Ubah senarai nama: Pilih senarai peringatan, klik namanya dalam bar sisi, kemudian masukkan nama baru.
Ubah senarai warna: Control-klik senarai peringatan dalam bar sisi, kemudian pilih bulatan berwarna.
Warna digunakan untuk tajuk senarai dan bulatan yang menunjukkan peringatan telah selesai
.
Jika anda ingin mengubah penyertaan dalam senarai yang dikongsi, lihat Kongsi senarai.
Padamkan peringatan atau senarai peringatan
Jika anda tidak perlu menyimpan peringatan, anda boleh memadamnya dari Peringatan. Jika anda mungkin ingin melihatnya lagi, sebaliknya tandakan peringatan sebagai lengkap.
Padam peringatan: Pilih peringatan yang anda ingin padam, kemudian tekan Delete.
Untuk memilih peringatan tunggal, klik ke kanan namanya. Command-klik atau Shift-klik untuk memilih peringatan berbilang. Untuk memilih semua peringatan dalam senarai, pilih peringatan tunggal, kemudian tekan Command-A.
Padam senarai peringatan: Pilih senarai dalam bar sisi, kemudian tekan Delete. Anda juga boleh seret kiri, kemudian klik Delete, atau seret terus ke kiri sehingga senarai peringatan hilang.
Jika bar sisi tidak kelihatan, pilih Lihat > Tunjukkan Bar Sisi.
Anda tidak boleh padam senarai Dijadualkan. Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda tidak boleh membuang senarai Keluarga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Persediaan Perkongsian Keluarga.
Setkan senarai peringatan lalai
Anda boleh tentukan senarai peringatan lalai, di mana peringatan yang ditambah oleh app lain muncul. Contohnya, jika anda menambah peringatan menggunakan kalendar Peringatan, peringatan berkenaan muncul dalam senarai peringatan lalai anda. Jika anda menolak panggilan FaceTime dan mengingatkan diri anda sendiri untuk memanggil kembali kemudian, peringatan berkenaan juga muncul dalam senarai peringatan lalai anda.
Jika anda tidak setkan senarai lalai, peringatan ini muncul dalam senarai dinamakan Peringatan.
Pilih Peringatan > Senarai Lalai, kemudian pilih senarai.
Anda boleh setkan pemberitahuan untuk mengingatkan anda apabila peringatan hampir tiba, atau untuk lengkapkannya apabila anda tiba di destinasi.