Setkan pemberitahuan untuk peringatan
Anda boleh setkan pemberitahuan yang mengingatkan anda apabila peringatan individu hampir tiba, atau apabila anda tiba atau meninggalkan lokasi, seperti suatu alamat atau kereta anda. Jika anda setkan kedua-dua jenis pemberitahuan untuk peringatan, anda akan diberitahu sama ada pada masa yang anda tentukan, atau apabila anda berada di lokasi, mana-mana yang dahulu.
Contohnya, jika anda mempunyai peringatan untuk jadualkan janji temu pengimunan, anda boleh mengesetkan pemberitahuan untuk mengingatkan anda apabila pejabat doktor dibuka. Jika anda mempunyai peringatan untuk membeli payung pelancongan, anda boleh setkan pemberitahuan untuk mengingatkan anda apabila anda tiba di pusat membeli belah.
Setkan masa pemberitahuan
Alihkan penuding atas peringatan, kemudian klik butang Info . Anda juga boleh klik paksa peringatan (atau pilih peringatan, kemudian gunakan Touch Bar).
Pilih Pada Hari, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Klik tarikh untuk memilih tarikh berlainan.
Klik masa untuk masukkan masa yang berlainan.
Untuk mempunyai pemberitahuan berulang, klik menu ”ulang" dan pilih pilihan.
Untuk memilih hari tertentu dari minggu, bulan, atau tahun, pilih Khusus dari menu ”ulang", kemudian pilih kekerapan.
Jika anda hanya mahu pemberitahuan peringatan untuk muncul kembali sehingga anda melengkapkannya, biarkan "ulang" disetkan ke Tiada. Apabila pemberitahuan muncul, anda boleh mengklik Nanti, atau pilih Abaikan.
Klik Selesai.
Untuk mengesetkan atau menukar tarikh pemberitahuan peringatan dengan cepat, pilih Lihat > Tunjukkan Kalendar, kemudian seret peringatan ke tarikh pada kalendar dalam bar sisi.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Ingatkan saya untuk makan ubat pada pukul 10 p.m. malam ini.” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Setkan pemberitahuan lokasi
Anda boleh setkan pemberitahuan yang mengingatkan anda apabila anda tiba atau meninggalkan lokasi yang anda tentukan. Ia termasuklah kereta anda, jika iPhone anda disediakan dengan betul dan anda mempunyainya dengan anda apabila anda masuk atau keluar daripada kereta.
Untuk menerima pemberitahuan lokasi, Perkhidmatan Lokasi mesti diaktifkan pada sebarang komputer atau peranti yang anda gunakan dengan Peringatan. Untuk maklumat lanjut, lihat Urus app yang boleh menggunakan Perkhidmatan Lokasi.
Alihkan penuding atas peringatan, kemudian klik butang Info . Anda juga boleh klik paksa peringatan (atau pilih peringatan, kemudian gunakan Touch Bar).
Pilih Di Lokasi, kemudian masukkan lokasi atau pilih satu daripada senarai cadangan.
Senarai lokasi termasuk lokasi semasa anda dan alamat daripada kad Kenalan anda. Senarai berkenaan juga termasuklah "Masuk ke Dalam Kereta" dan "Keluar Daripada Kereta" jika iPhone anda disediakan untuk disambungkan ke kereta anda melalui Bluetooth, dan iPhone dan Mac anda menggunakan akaun iCloud yang sama.
Anda boleh memasukkan alamat, nama perniagaan, atau salah satu daripada kenalan anda. Sambil anda menaip, Peringatan menambah ke dalam senarai cadangan.
Pilih Meninggalkan atau Ketibaan untuk menentukan yang anda ingin menerima pemberitahuan apabila anda beredar atau tiba ke lokasi.
Untuk mengesetkan berapa jauh anda dari lokasi apabila anda dimaklumkan, seret titik biru besar pada bulatan.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Ingatkan saya untuk berhenti di kedai runcit apabila saya keluar dari sini.” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Sehingga anda tandakan peringatan sebagai lengkap, anda akan diberitahu sebaik sahaja anda tiba atau meninggalkan lokasi.
Tambah pemberitahuan dengan menggunakan pengesanan tarikh dan masa secara automatik
Apabila anda mencipta peringatan yang termasuk maklumat tarikh dan masa, anda menerima amaran pada masa tertentu secara automatik.
Tambah peringatan baru yang termasuk tarikh dan masa peringatan dijangkakan.
Sebagai contoh, peringatan mungkin "Dapatkan kentang goreng untuk jamuan 6 Feb," "Sewa filem pada hari Jumaat pada pukul 7 malam," atau "Bayar bil 16/9/14."
Anda menerima amaran berdasarkan tarikh dan masa yang anda tentukan:
Jika anda tidak masukkan masa: Pemberitahuan disetkan untuk pukul 12 malam.
Jika anda tidak masukkan hari: Pemberitahuan disetkan untuk hari ini.
Jika masa telah berlalu: Anda menerima amaran pada masa tersebut esok.
Tambah pemberitahuan atau peringatan menggunakan kalendar Peringatan
Jika anda tidak melihat kalendar, pilih Lihat > Tunjukkan Kalendar.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Cipta peringatan baru dengan tarikh pemberitahuan: Klik satu tarikh dalam kalendar, klik butang Tambah dalam penjuru kanan atas tetingkap, kemudian taip peringatan.
Tambah tarikh pemberitahuan ke peringatan yang sedia ada: Seret peringatan kepada satu hari dalam kalendar; pemberitahuan disetkan untuk hari tersebut pada 9 pagi.
Untuk seret peringatan, klik kawasan kosong ke bahagian kanan namanya.
Peringatan yang mempunyai pemberitahuan berdasarkan masa muncul dalam senarai Dijadualkan dan juga dalam senarai peringatan asal mereka.
Peringatan akan datang muncul dalam paparan Hari Ini dalam Pusat Pemberitahuan. Anda boleh menyahaktifkan pemberitahuan Peringatan dalam keutamaan Pemberitahuan. Untuk menyenyapkan pemberitahuan buat sementara, Option-klik ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu.
Pemberitahuan muncul pada semua komputer dan peranti anda yang anda sediakan dengan akaun yang sama.
Jika anda mahu mengingati peristiwa kalendar, daripada menambah peringatan, gunakan app Kalendar untuk menambah peristiwa dengan amaran. Untuk maklumat lanju, lihat Tambah, ubah suai, atau padam peristiwa.