
Lihat maklumat tentang PDF dan imej dalam Pratonton pada Mac
Anda boleh melihat maklumat tentang dokumen atau imej, seperti saiz fail, nama penulis dan resolusi imej, dalam tetingkap Pemeriksa.
- Pergi ke app Pratonton  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Klik  dalam bar alat. dalam bar alat.
- Gunakan alat dalam tetingkap Pemeriksa untuk melihat maklumat lanjut tentang PDF atau imej.   - Alat - Perihalan - Maklumat umum  - Lihat maklumat umum tentang PDF atau imej. - Info lanjut  - Lihat maklumat tentang imej dalam format berbeza dan tentang tempat foto diambil. - Pemeriksa kata kunci  - Lihat kata kunci ditetapkan pada PDF atau imej. - Pemeriksa penyulitan  - Lihat maklumat penyulitan dan keizinan untuk PDF dilindungi kata laluan. - Pemeriksa pangkas  - Apabila menggunakan alat pilihan dalam PDF, gunakan anak tetingkap untuk melihat dimensi kandungan yang anda pilih, kemudian pilih unit ukuran. Lihat Pangkas atau putar PDF. - Pemeriksa Anotasi  - Lihat anotasi yang dibuat pada PDF atau anotasi yang dibuat pada imej, seperti penambahan bentuk atau teks. Pilih anotasi dalam senarai untuk menunjukkannya pada PDF atau imej.