Lihat bagaimana imej kelihatan pada peranti lain menggunakan Pratonton pada Mac
Anda boleh melihat bagaimana imej akan kelihatan pada peranti lain, seperti pencetak, tanpa menukar imej atau resolusi paparan.
Pergi ke app Pratonton pada Mac anda.
Pilih Lihat > Pruf Lembut dengan Profil, kemudian pilih profil ColorSync peranti.
Setiap imej dalam tetingkap dipaparkan dengan menggunakan profil ColorSync.
Untuk memastikan rupa imej yang kelihatan pada peranti lain, lihat imej di bawah keadaan paparan persekitaran yang sama seperti peranti kedua. Sebagai contoh, jika peranti kedua ialah monitor dalam bilik yang gelap, cuba padankan paras lampu dalam bilik dengan monitor lain.
Anda juga boleh menetapkan profil ColorSync ke imej. Apabila ditetapkan profil, imej akan muncul dalam Pratonton sama seperti pada peranti lain, yang membenarkan anda melihat dan bekerja dengannya dengan tepat. Untuk menetapkan profil ColorSync kepada imej, pilih Alat > Tetapkan Profil.