
Bermula dengan Pratonton pada Mac
Dalam app Pratonton , anda boleh melihat, mengedit dan mengurus PDF serta imej pada Mac anda. Anda boleh membuka dokumen dan foto, menambah anotasi dan tandatangan, menggabungkan atau memisahkan fail PDF dan berkongsi kerja anda dengan orang lain. Anda boleh bekerja dengan fail yang disimpan pada Mac anda atau dalam iCloud supaya anda boleh mengakses dan mengedit fail dari mana-mana jua anda berada.

Buka PDF atau imej
Anda boleh membuka PDF atau imej dalam app Pratonton dengan memilih Fail > Buka. Anda juga boleh mendwiklik fail dalam Finder atau pada desktop.

Navigasi menerusi PDF berbilang halaman
Buka PDF berbilang halaman, kemudian pilih Paparan > Imej Kecil untuk melihat semua halaman dalam bar sisi. Klik sebarang imej kecil untuk melompat ke halaman tersebut atau tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah untuk beralih antara halaman.

Pangkas imej
Anda boleh memangkas imej untuk mengeluarkan bahagian yang tidak diingini atau untuk fokus pada kawasan khusus. Klik , klik
, kemudian pilih pilihan. Pilih kawasan yang anda mahu simpan, kemudian klik
.
Mahu mengetahui lebih lanjut?