Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan profil warna pada imej dalam Pratonton pada Mac
Anda boleh gunakan penapis Quartz ke imej dalam Pratonton supaya warna imej dikeluarkan semula dengan lebih tepat pada pencetak, paparan dan peranti lain.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, buka imej yang anda mahu laraskan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Gunakan profil warna ke imej: Pilih Alat > Tetapkan Profil, pilih profil warna, kemudian klik OK.
Lihat bagaimana imej akan kelihatan pada peranti berlainan: Pilih Paparan > Proof Lembut dengan Profil, kemudian pilih profil warna.
Utiliti ColorSync dalam macOS mengurus profil warna yang digunakan oleh paparan dan kamera yang disambungkan. Lihat Lihat profil warna dalam Utiliti ColorSync.