Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan profil warna pada imej
Anda boleh gunakan penapis Quartz ke imej dalam Pratonton supaya warna imej dikeluarkan semula dengan lebih tepat pada pencetak, paparan dan peranti lain.
Gunakan profil warna ke imej: Pilih Alat > Tetapkan Profil, pilih profil warna, kemudian klik OK.
Lihat bagaimana imej akan kelihatan pada peranti berlainan tanpa mengubah profil imej: Pilih Lihat > Proof Lembut dengan Profil, kemudian pilih profil warna.
Utiliti ColorSync dalam macOS mengurus profil warna yang digunakan oleh paparan dan kamera yang disambungkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Lihat profil warna.