Serlahkan, garis bawah dan lorek teks dalam PDF
Anda boleh gunakan alat serlahan, garis bawah dan lorek menerusi teks untuk menarik perhatian ke teks dalam PDF. Tanda ini kerap digunakan bersama gelembung pertuturan dan nota.
Serlahan, garis bawah, atau garis lorek teks
Serlahkan, garis bawah, atau lorek menerusi teks dengan cepat: Pilih teks, klik anak panah bawah di sebelah butang Serlahan , kemudian pilih warna serlahan, garis bawah, atau melorek.
Gunakan mod serlahan: Klik butang Serlahan (supaya ia bertukar biru), klik anak panah bawah di sebelah butang Serlahan, kemudian pilih warna serlahan, garis bawah atau melorek. Kini, apabila anda memilih sesetengah teks, gaya serlahan yang anda pilih digunakan kepada teks secara automatik.
Untuk nyahaktifkan serlahan, klik alat serlahan lagi.
Keluarkan serlahan, garis bawah atau garis lorek: Control-klik teks, kemudian pilih Keluarkan Serlahan daripada menu pintasan.
Lihat semua serlahan dalam PDF
Pilih Lihat > Serlahan dan Nota (supaya Serlahan dan Nota mempunyai tanda semak bersebelahannya). Setiap bahagian teks diserlahkan muncul dalam bar sisi.