Alat tandatangan dalam Pratonton.

Isi dan tandatangan borang—tiada pencetak diperlukan

Anda boleh menggunakan Pratonton untuk mengisi borang PDF dan juga menambahkan tandatangan. Dengan Is Auto yang dipertingkatkan, anda boleh mengisi maklumat anda dengan satu klik.

Cara mengisi borang PDF

Pilihan “Optimumkan imej untuk skrin” dalam Pratonton.

Mampatkan dokumen

Anda boleh mengurangkan saiz PDF yang besar untuk menjimatkan ruang storan.

Cara memampatkan PDF

PDF yang dilindungi kata laluan.

Lindungi dokumen sulit anda

Jika PDF mengandungi maklumat sensitif, anda boleh menyimpannya dengan selamat dengan menambah kata laluan.

Cara melindungi PDF dengan kata laluan

Pilihan Eksport dalam Pratonton.

Tukar fail imej kepada pelbagai jenis fail

Pratonton menyokong banyak jenis fail imej. Apabila anda menerima foto yang anda tidak boleh buka dalam app pengeditan foto, anda mungkin boleh menukarnya ke jenis fail yang anda boleh gunakan.

Cara menukar jenis fail grafik

Imej kecil halaman diseret daripada bar sisi salah satu PDF ke bar sisi PDF lain.

Gabungkan dokumen PDF

Gabungkan dokumen PDF dan pindahkan halaman daripada satu PDF ke PDF yang lain dengan mudah.

Cara menggabungkan PDF

Untuk meneroka Panduan Pengguna Pratonton, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.