Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar warna latar belakang tetingkap dalam Pratonton pada Mac
Pratonton menunjukkan latar belakang kelabu di belakang PDF dan imej. Dalam PDF atau imej, anda melihat latar belakang jika anda kembangkan tetingkap lebih besar daripada saiz dokumen; dalam imej, anda juga boleh melihat latar belakang melalui sebarang bahagian lut sinar. Anda boleh menukar warna latar belakang.
Pergi ke app Pratonton pada Mac anda.
Pilih Pratonton > Seting, kemudian klik Umum.
Klik “Latar belakang tetingkap,” kemudian pilih warna.