Simpan fail dalam Pratonton pada Mac
Pratonton menyimpan perubahan secara automatik untuk anda semasa anda bekerja, tetapi anda juga boleh menyimpan PDF, imej atau fail 3D secara manual. Apabila anda mengedit fail, Pratonton menyimpan versi sekurang-kurangnya setiap jam (lebih kerap sekiranya anda membuat perubahan ketara). Pratonton juga menyimpan versi apabila anda buka, simpan, duplikasi, kunci atau menamakan semula fail, atau kembali kepada versi sebelumnya.
Pergi ke app Pratonton
pada Mac anda.
Pilih Fail > Simpan.
Untuk menyimpan fail menggunakan nama fail yang berbeza, tekan dan tahan kekunci Option, pilih Fail > Simpan Sebagai, kemudian masukkan nama. Pilih tempat anda mahu menyimpan fail, pilih format fail, kemudian klik Simpan.
Petua: Untuk menyimpan dokumen terbuka dengan nama fail atau lokasi baharu dengan cepat, tahan penuding ke atas tajuk dokumen, kemudian klik di sebelah kanan.