
Baca transkrip episod dalam Podcast pada Mac
Apabila transkrip tersedia untuk episod, anda boleh membaca teks penuh transkrip dalam beberapa cara yang berbeza.
Nota: Ketersediaan transkrip mungkin berbeza mengikut bahasa dan mengikut negara atau rantau.
Pergi ke app Podcast
pada Mac anda.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Semasa memainkan episod: Klik
dalam pemain.
Semasa melayari atau mencari: Pilih episod, skrol ke bawah ke bahagian Transkrip, kemudian klik
. Anda juga boleh klik
untuk episod, kemudian klik Lihat Transkrip.
Untuk mencari perkataan atau frasa dalam transkrip, klik
. Sebagai pilihan, klik
dalam medan carian dan lakukan mana-mana yang berikut:
Kecualikan padanan apabila teks carian ialah sebahagian daripada perkataan lain: Pilih Perkataan Penuh.
Hanya sertakan carian yang sepadan dengan penghurufbesaran teks carian: Pilih Padan Huruf.
Untuk berkongsi episod yang bermula pada titik khusus dalam transkrip, pilih teks, Control-kliknya, kemudian pilih “Kongsi dari [cap masa]”. Lihat Kongsi podcast.