Pilih dan nyahpilih foto pada Mac
Anda boleh pilih dan nyahpilih foto dalam pelbagai cara.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih foto tunggal: Klik foto, atau tekan kekunci anak panah untuk navigasi dan pilih foto dengan cepat.
Pilih kumpulan foto bersebelahan: Klik foto pertama, kemudian tekan kekunci Shift sementara anda mengklik foto terakhir. Anda juga boleh menekan kekunci Shift semasa anda menekan kekunci anak panah, atau menyeret segi empat tepat pilihan di sekeliling foto.
Pilih foto yang tidak bersebelahan antara satu sama lain: Tekan kekunci Command sementara anda mengklik setiap foto.
Nyahpilih foto tertentu: Tekan kekunci Command semasa anda mengklik foto yang anda mahu nyahpilih.
Nyahpilih semua foto: Klik ruang kosong dalam tetingkap (bukan foto).