Cari dan namakan foto orang serta haiwan peliharaan pada Mac
App Foto mengisih foto dan video orang, anjing dan kucing dalam koleksi Orang & Haiwan Peliharaan (atau koleksi Orang jika tiada haiwan peliharaan kelihatan). Anda boleh menamakan orang, anjing atau kucing terus daripada foto atau video dalam pustaka foto anda, atau dalam Orang & Haiwan Peliharaan.
Namakan orang atau haiwan peliharaan dalam foto atau video
Apabila anda menamakan orang atau haiwan peliharaan dalam foto atau video, mereka ditambah ke Orang & Haiwan Peliharaan secara automatik dan nama mereka dilampirkan pada foto dan video lain dalam pustaka anda.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Dwiklik foto atau video untuk membukanya, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Paparan > Tunjukkan Nama Muka. Klik nama (atau klik “tidak bernama”) di bawah muka, taip nama, kemudian tekan Return (atau pilih nama yang muncul semasa anda menaip).
Klik dalam bar alat. Klik , seret bulatan untuk meletakkannya di atas muka jika perlu, klik medan Nama, taipkan nama, kemudian tekan Return.
Anda boleh mengklik berbilang kali untuk menamakan berbilang muka dalam foto atau video. Untuk mengeluarkan nama yang anda tambah ke muka, klik pada orang atau haiwan peliharaan.
Untuk berhenti menunjukkan nama muka dalam foto dan video, pilih Paparan > Sembunyikan Nama Muka.
Namakan orang atau haiwan peliharaan dalam koleksi Orang & Haiwan Peliharaan
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Orang & Haiwan Peliharaan (atau Orang) dalam bar sisi.
Nota: Jika anda menggunakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud, anda mesti memilih Kedua-dua Pustaka daripada menu timbul Pustaka dalam bar alat untuk melihat item dalam Orang & Haiwan Peliharaan.
Dwiklik muka untuk melihat foto orang atau haiwan peliharaan itu.
Klik Tambah Nama dalam bar alat, masukkan nama (atau pilih nama yang kelihatan semasa anda menaip), klik Seterusnya, kemudian klik Selesai.
Semua foto dalam koleksi ditetapkan nama. Jika muka disalah label, dwiklik muka dan tukar nama.
Petua: Anda boleh menandakan orang atau haiwan peliharaan sebagai kegemaran untuk menjadikannya lebih mudah dicari. Dalam Orang & Haiwan Peliharaan, klik pada foto utama mereka. Untuk mengeluarkannya daripada kegemaran, klik .
Tukar foto utama untuk orang atau haiwan peliharaan
Anda boleh menukar foto yang mewakili orang atau haiwan peliharaan dalam koleksi Orang & Haiwan Peliharaan. Ini ialah foto yang anda dwiklik untuk melihat semua foto dan video orang atau haiwan peliharaan tersebut.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Orang & Haiwan Peliharaan (atau Orang) dalam bar sisi, kemudian dwiklik orang atau haiwan peliharaan.
Control-klik foto, kemudian pilih Jadikan Foto Utama
Betulkan nama yang salah
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Dalam pustaka foto atau koleksi Orang & Haiwan Peliharaan anda, dwiklik foto atau video dengan nama yang salah untuk membukanya.
Klik dalam bar alat, kemudian pilih muka untuk menjadikan nama kelihatan pada foto.
Klik nama, kemudian taipkan nama baharu atau tekan Delete.
Tekan Return untuk menyimpan perubahan.
Isih Orang & Haiwan Peliharaan mengikut abjad atau secara manual
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Orang & Haiwan Peliharaan (atau Orang) dalam bar sisi.
Klik Isih, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Isih mengikut abjad: Pilih Nama.
Isih secara manual: Pilih Tersuai, kemudian seret foto utama ke kedudukan baharu.
Keluarkan orang atau haiwan peliharaan
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Orang & Haiwan Peliharaan (atau Orang) dalam bar sisi, kemudian dwiklik orang atau haiwan peliharaan yang anda mahu keluarkan.
Klik Keluarkan [nama] daripada Orang & Haiwan Peliharaan.
Petua: Jika anda mahu, anda boleh menampilkan orang atau haiwan peliharaan kurang kerap dan bukannya mengeluarkan mereka. Lihat Tampilkan orang, tempat atau percutian kurang kerap.
Apabila anda menggunakan Foto iCloud, Orang & Haiwan Peliharaan dikemas kini pada semua peranti anda.
Gabungkan orang atau haiwan peliharaan duplikasi
Jika anda menemui lebih daripada satu kumpulan yang mempunyai muka yang sama, anda boleh menggabungkannya.
Pergi ke app Foto pada Mac anda
Klik Orang & Haiwan Peliharaan (atau Orang) dalam bar sisi, kemudian pilih orang atau haiwan peliharaan yang anda mahu gabungkan.
Control-klik satu daripada item dipilih, kemudian pilih Gabungkan [bilangan] Orang.
Cipta memori tentang orang atau haiwan peliharaan
Anda boleh mencipta dan memperibadikan memori tentang orang atau haiwan peliharaan dan menonton foto dan video anda tentang mereka sebagai filem.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Orang & Haiwan Peliharaan (atau Orang) dalam bar sisi, kemudian dwiklik orang atau haiwan peliharaan.
Skrol ke bawah, kemudian klik Cipta Memori Foto.
Untuk melihat memori, klik Memori dalam bar sisi, kemudian dwiklik memori.
Sahkan foto orang atau haiwan peliharaan tambahan
Apabila Foto mencadangkan foto tambahan orang atau haiwan peliharaan, anda boleh menyemaknya dan mengesahkan nama yang betul digunakan.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Orang & Haiwan Peliharaan (atau Orang) dalam bar sisi, kemudian dwiklik orang atau haiwan peliharaan.
Skrol ke bawah, kemudian klik Semak Lebih Banyak Foto.
Klik Ya atau Tidak untuk menerima atau menolak setiap cadangan.
Apabila anda selesai menyemak foto, klik Selesai.