Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta

Touch Bar untuk Pages pada Mac
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh menggunakan gerak isyarat biasa—seperti ketik, leret dan luncur—terus pada Touch Bar untuk mengedit dokumen dalam Pages. Kawalan pada Touch Bar berubah bergantung pada perkara yang dipilih dalam dokumen anda.

Contohnya, jika teks dipilih, Touch Bar menunjukkan kawalan untuk mengubah warna fon, penjajaran dan pemformatan lain.

Untuk menformat teks sebagai senarai, ketik , kemudian pilih pilihan.

Untuk melihat cadangan menaip, ketik . Ketik
untuk menyembunyikannya.

Tunjukkan kawalan untuk Pages
Jika anda tidak melihat kawalan untuk mengedit teks dan melaksanakan tugas lain Pages, aktifkannya dalam Keutamaan Sistem.
Di penjuru kiri atas skrin anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem.
Klik Papan Kekunci, kemudian klik butang Papan Kekunci.
Klik menu timbul bersebelahan “Touch Bar menunjukkan”, kemudian pilih kawalan App.
Anda boleh mencari maklumat lanjut tentang cara untuk menggunakan Touch Bar dalam Panduan Pengguna macOS.