Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Gunakan gaya perenggan dalam Pages pada Mac
Menggunakan gaya perenggan ialah cara yang cepat untuk memformatkan teks dalam seluruh dokumen secara seragam.
Gunakan gaya perenggan
Pilih satu atau lebih perenggan, atau klik mana-mana dalam perenggan untuk menggunakan gaya pada perenggan itu sahaja.
Nota: Anda tidak boleh menggunakan gaya perenggan pada teks dalam sel jadual.
Dalam bar sisi Format , klik tab Teks, klik nama gaya perenggan di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih gaya daripada menu timbul Gaya Perenggan.
Jika kemudian anda menukar rupa teks yang mempunyai gaya perenggan digunakan padanya—contohnya, anda menebalkan teks atau menukar warnanya—asterisk dan dalam sesetengah kes butang Kemas Kini, muncul bersebelahan nama gaya dalam menu timbul Gaya Perenggan, menunjukkan bahawa terdapat penggantian pada gaya. Anda boleh mengemas kini gaya perenggan untuk menyepadukan penggantian jika anda mahu.
Anda juga boleh menggunakan gaya aksara dan menggunakan gaya senarai pada teks terpilih.
Petua: Untuk pemformatan lebih laju, cipta pintasan papan kekunci untuk menggunakan gaya pada teks.