Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Gerakkan baris dan lajur jadual dalam Pages pada Mac
Anda boleh memindahkan mana-mana baris dan lajur dalam jadual, tetapi ia mungkin diformatkan semula apabila anda mengalihkannya. Sebagai contoh, apabila anda memindahkan baris pengepala dan pengaki ke isi jadual, ia diformatkan semula sebagai baris isi dan sebaliknya.
Nota: Jika jadual lebih panjang daripada halaman, anda tidak boleh mengerakkan barisnya. Terlebih dahulu, anda perlu keluarkan sesetengah baris supaya jadual muat pada satu halaman.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Alihkan baris: Selepas memilih baris, klik dan tahan nombor baris yang dipilih sehingga baris kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seretnya ke atas atau bawah baris lain.
Alihkan lajur: Selepas memilih lajur, klik dan tahan salah satu huruf lajur sehingga lajur kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seret ke kanan atau kiri lajur lain.
Petua: Jika anda menyeret baris atau lajur ke luar jadual sedia ada, anda dapat mencipta jadual baharu dengannya.