Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Saiz semula baris dan lajur jadual dalam Pages pada iPhone
Anda boleh ubah lebar baris terpilih dan ketinggian baris terpilih dalam jadual atau anda boleh ubah saiz semua baris dan lajur pada masa yang sama. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh menukar lebar dan tinggi sel individu.
Nota: Tugas di bawah digunakan pada jadual yang anda tambahkan pada halaman anda. Ia tidak digunakan pada halaman yang anda formatkan menjadi lajur.
Saiz semula baris dan lajur jadual
Ketik jadual.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Saiz semula satu baris atau lajur: Ketik nombor atau huruf baris atau lajur, kemudian seret untuk saiz semula.
Saiz semula semua baris atau lajur: Ketik di penjuru kiri atas jadual, kemudian seret titik biru di hujung bawah jadual untuk mensaiz semula baris, seret titik di hujung kanan jadual untuk mensaiz semula lajur, atau seret titik di penjuru kanan bawah untuk mensaiz semula kedua-duanya.