Gantikan teks secara automatik dalam Pages pada iPhone
Anda boleh setkan Pages untuk menggantikan teks tertentu secara automatik dengan teks yang anda tentukan. Contohnya, anda boleh membuatkan Pages menggantikan teh dengan the atau (c) dengan © semasa anda taip.
Pintasan teks ini digunakan hanya untuk dokumen Pages.
Gunakan pintasan untuk memasukkan teks
Dengan pintasan teks, anda boleh taip beberapa aksara dan membuatkan Pages menggantikannya dengan teks penuh secara automatik. Sebagai contoh, anda boleh mencipta pintasan yang membolehkan anda menaip por supaya plan of record dimasukkan secara automatik.
Ketik , ketik Seting, kemudian ketik Pembetulan Auto.
Aktifkan Penggantian Teks.
Ketik Senarai Penggantian, kemudian ketik .
Dalam medan Frasa, taip perkataan dan frasa tepat seperti anda mahukan ia muncul dalam dokumen.
Dalam medan Pintasan, taipkan huruf atau aksara yang anda mahu gantikan seluruh frasa.
Ketik Simpan.
Jika anda tidak melihat Simpan, pintasan tidak cukup unik dan mungkin akan menyebabkan penggantian tidak sengaja. Cuba kombinasi aksara berbeza.
Ketik Balik, kemudian ketik Selesai untuk kembali ke dokumen.
Untuk menguji hasil, taip pintasan yang anda tentukan, kemudian ketik bar Space.
Pintasan tersedia dalam semua dokumen Pages anda apabila penggantian teks diaktifkan.
Keluarkan pintasan daripada senarai penggantian
Ketik , ketik Seting, kemudian ketik Pembetulan Auto.
Ketik Senarai Penggantian, kemudian ketik Edit.
Ketik bersebelahan pintasan, kemudian ketik Padam.
Ketik Selesai, kemudian ketik dokumen untuk menutup kawalan.
Nyahaktifkan penggantian teks
Jika anda tidak mahu menggunakan penggantian teks untuk dokumen atau untuk teks tertentu, anda boleh menyahaktifkannya tanpa kehilangan pintasan dalam senarai penggantian.
Ketik , ketik Seting, kemudian ketik Pembetulan Auto.
Nyahaktifkan Penggantian Teks.
Seting penggantian teks digunakan untuk semua dokumen Pages anda, jadi jika anda menyahaktifkannya dalam satu dokumen, ia juga akan dinyahaktifkan untuk dokumen yang lain.
Nota: Apabila anda menyahaktifkan penggantian teks dalam Pages, sebarang penggantian teks disediakan dalam Seting pada peranti anda masih digunakan pada Pages.