Tambah dan cetak komen dalam Pages pada iPhone
Anda boleh menambah komen ke teks, objek, carta dan sel jadual. Segi empat kecil kelihatan dalam margin kiri dokumen untuk menunjukkan komen dilampirkan pada teks (yang juga diserlahkan). Komen yang dilampirkan pada bentuk juga ditunjukkan oleh segi empat kecil. Komen dalam sel jadual ditunjukkan oleh segi tiga di penjuru sel. Apabila anda tidak mahu komen untuk kelihatan, anda boleh menyembunyikan komen dan anda boleh mencetak dokumen dengan atau tanpa komen.
Apabila berbilang orang bekerja pada dokumen, komen muncul dalam warna yang unik dan termasuk nama pengarangnya. Sesiapa boleh membalas komen, yang berguna jika anda bekerjasama—anda boleh menambah komen, kemudian menerusi balasan balik mengalami perbualan dalam masa nyata.
Nota: Komen tidak kelihatan dalam dokumen yang dicetak melainkan anda memilih pilihan cetakan tersebut.
Tambah, edit atau padamkan komen
Anda boleh menambah dan mengedit komen anda sendiri dan sesiapapun boleh memadamkan komen.
Pilih teks, objek atau sel jadual, ketik , kemudian ketik Komen.
Taipkan komen anda, ketik Selesai, kemudian leret bawah pada pemegang di bahagian atas komen untuk menutupnya.
Untuk melihat, mengedit atau memadam komen anda, lakukan satu daripada berikut:
Buka komen: Ketik penanda komen.
Edit komen: Jika anda merupakan pengarang komen, ketik penanda komen, ketik dalam teks, taip perubahan anda, kemudian ketik Selesai.
Jika ada balasan kepada komen, anda tidak boleh edit komen asal dengan mengetik teksnya. Sebaliknya, ketik di atas komen. Ketik Edit Komen, buat perubahan anda, kemudian ketik Selesai.
Padamkan komen: Ketik penanda komen, kemudian ketik Padam di bawah komen. Jika ada balasan kepada komen, tindakan ini memadam keseluruhan perbualan. Anda boleh memadam balasan individu hanya jika anda pengarang balasan atau pemilik dokumen.
Semak komen
Ketik penanda komen.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Semak komen atau perbualan: Leret atas untuk mengembangkan paparan, kemudian skrol menerusi teks. Jika komen dipangkas, ketik Tunjuk Lagi. Untuk kembali ke bahagian atas komen dengan cepat, ketik bahagian atas skrin iPhone. Untuk mengurangkan saiz paparan komen, ketik pemegang di atas komen.
Pergi ke komen seterusnya atau sebelumnya (atau serlahan): Ketik anak panah di bawah komen.
Lihat maklumat terperinci tentang tarikh dan masa komen atau balasan ditambah: Ketik bersebelahan komen atau balasan. Hanya pengarang komen atau balasan dan pemilih dokumen boleh melihat maklumat ini.
Untuk menutup komen, leret bawah pada pemegang di atas komen.
Balas komen atau edit balasan anda
Sesiapa yang anda kongsikan dokumen ini (dengan menghantar salinan kepada mereka atau menjemput mereka untuk bekerjasama dengan kebenaran pengeditan) boleh membalas komen.
Ketik penanda komen.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah balasan: Ketik Balas di bawah komen, taip balasan anda, ketik Selesai. Anda boleh membalas sebanyak kali yang anda suka.
Edit balasan anda: Ketik bersebelahan balasan yang anda mahu edit. Ketik Edit Balasan, buat perubahan anda, kemudian ketik Selesai.
Padam balasan: Ketik bersebelahan balasan anda (atau jika anda pemilik dokumen, balasan orang yang anda mahu padam), kemudian ketik Padam Balasan.
Untuk menutup komen, leret bawah pada pemegang di atas komen.
Padam perbualan
Ketik penanda komen, kemudian ketik Padam di bawah perbualan.
Tunjukkan atau sembunyikan komen
Ketik di bahagian atas skrin, ketik Pilihan Paparan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Komen.
Jika anda menghantar dokumen anda kepada seseorang yang membuka dokumen pada iPhone atau iPad, dokumen mungkin dibuka dalam paparan bacaan. Untuk menambah atau mengedit komen, penerima mesti mengetik di bahagian atas skrin.
Cetak komen
Apabila anda mencetak dokumen dengan komen disertakan, komen muncul dalam lajur di sebelah kiri halaman dan bendera bernombor muncul dalam dokumen di sebelah teks dan objek yang sepadan. Jika terdapat lebih komen daripada yang dapat dimuatkan di lajur kiri, komen diteruskan pada satu atau lebih halaman tambahan.
Ketik , ketik Cetak, kemudian aktifkan Cetak Komen.
Ketik Seterusnya, kemudian pilih pencetak dan bilangan salinan.
Ketik Cetak di penjuru atas kanan.
Anda juga boleh mengeksport dokumen anda sebagai PDF dan menyertakan komen.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mencetak dan pilihan cetakan, lihat Cetak dokumen atau sampul. Untuk menyertakan komen dalam PDF, lihat Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain.