Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu
- Hak Cipta
Setkan format filem dan imej untuk dokumen Pages pada iPhone
Pages menyimpan filem dan imej dalam format asalnya tanpa mengira sama ada format boleh dilihat pada komputer dan peranti lebih lama. Anda boleh menukar seting pengoptimuman jika anda mahu memastikan video dan imej menggunakan format yang lebih baharu—sebagai contoh, Pengekodan Video Kecekapan Tinggi (HEVC), Codec Imej Kecekapan Tinggi (HEIC) atau Apple ProRes—boleh dilihat pada sebarang komputer atau peranti.
Optimumkan format video dan imej
Apabila anda menambah fail media HEVC, HEIC dan ProRes kepada dokumen anda, Pages boleh menukarnya menjadi H.264, JPEG dan PNG supaya ia boleh dilihat pada peranti Mac, iPhone dan iPad yang lebih lama.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen, ketik , skrol ke bawah, kemudian ketik Seting.
Aktifkan Optimumkan Media untuk Peranti Lebih Lama.
Seting ini digunakan hanya pada filem dan imej yang anda tambah mulai sekarang dan bukan pada sebarang media sedia ada dalam dokumen anda.