Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu
- Hak Cipta

Tukar seting privasi dan analitis Pages pada iPhone
Apple mengumpulkan pelbagai data, yang sesetengahnya dikaitkan dengan Akaun Apple anda. Anda boleh mengehadkan penggunaan sesetengah data analitis atau mereset pengecam anda yang digunakan secara khusus oleh app dalam Apple Creator Studio.
Pergi ke app Seting
pada iPhone anda.Ketik App, kemudian ketik Pages.
Skrol ke bawah, kemudian lakukan mana-mana yang berikut dalam bahagian Privasi:
Nyahaktifkan analitis: Nyahaktifkan Kongsi Data Analitis.
Reset pengecam anda: Aktifkan Reset Pengecam.
Jika anda menggunakan Kata Laluan & Rantai Kunci iCloud, menyahaktifkan analitis atau mereset pengecam anda akan mempengaruhi peranti anda yang diaktifkan Kata Laluan & Rantai Kunci iCloud. Untuk melihat cara data anda diurus, pergi ke https://www.apple.com/my/legal/privacy/data/ms/pages/