Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain dalam Pages pada iPhone
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada halaman. Jadual, carta, kotak teks, bentuk dan foto ialah contoh objek. Apabila anda mengetik dalam bar alat, kemudian ketik butang, anda akan melihat gaya jadual, carta, bentuk dan media berlainan yang boleh anda tambah ke halaman.
Anda boleh menukar rupa objek dengan mengubah suai atribut individu objek tersebut—seperti warna isian, jidar, bayang dan banyak lagi—atau anda boleh menukar rupa keseluruhan objek dengan cepat dengan menggunakan gaya objek diprareka bentuk padanya. Gaya objek ialah gabungan atribut yang direka bentuk agar sepadan dengan templat yang anda gunakan.
Ketik untuk melihat kawalan untuk mengubah rupa objek. Setiap objek mempunyai pilihan pemformatannya sendiri; apabila anda memilih bentuk, contohnya, anda hanya melihat kawalan untuk memformatkan bentuk.
Anda boleh melapiskan objek, mensaiz semula dan mengawal cara teks mengalir di sekelilingnya pada halaman. Sebagai contoh, anda boleh membuatkan teks membalut di sekeliling objek, atau meletakkan objek sebaris, supaya ia terletak pada garis yang sama dengan teks dan beralih dengan teks semasa anda menaip. Sesetengah objek juga boleh dibuat sebaris tersarang dengan teks dalam kotak teks atau bentuk.