Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Setkan nama pengarang anda untuk komen dalam Pages pada iPhone
Nama pengarang muncul di penjuru kiri sebelah atas komen. Anda boleh menukar nama pengarang anda pada bila-bila masa.
Setkan nama pengarang anda untuk komen
Ketik , ketik Seting, kemudian ketik Nama Pengarang.
Taipkan nama, kemudian ketik Selesai pada papan kekunci.
Sebarang komen yang anda buat sebelumnya dalam dokumen ditukar untuk menunjukkan nama baru. Komen yang anda buat dalam dokumen lain juga dikemas kini.
Nama pengarang baru juga menjadi nama pengarang lalai untuk dokumen Pages baru dan menggantikan nama pengarang dalam semua dokumen anda yang lain.
Nama tidak digunakan pada dokumen yang dikongsi dengan orang lain. Untuk dokumen dikongsi, nama yang muncul dalam komen dan dalam senarai peserta ialah nama yang anda gunakan dengan Apple ID anda. Untuk menukar nama (tanpa menukar Apple ID anda), lawati halaman akaun Apple ID. Selepas anda mendaftar masuk, ketik Edit di sebelah kanan maklumat akaun anda, kemudian buat perubahan anda dan ketik Selesai.
Penting: Jika anda mengubah nama yang digunakan dengan Apple ID anda, ia muncul dalam semua app dan lokasi lain yang menggunakan Apple ID anda.
Jika anda berhenti berkongsi dokumen, nama pengarang dalam komen dan penjejakan perubahan berubah kembali ke nama pengarang disetkan dalam Pages.