Terbitkan buku ke Apple Books dalam Pages pada iPhone
Anda boleh menggunakan Pages untuk menerbitkan buku ke Apple Books. Pages menjana fail EPUB untuk buku secara automatik dengan seting yang anda pilih. Jika buku belum bersedia untuk diedarkan tetapi anda mahu mula mengiklankannya, anda boleh memberikan maklumat yang diperlukan dan menyenaraikannya sebagai pratempah sehingga anda bersedia untuk mengeluarkannya. Anda juga boleh mengemas kini buku yang anda telah terbitkan pada bila-bila masa.
Sebelum anda bermula, lakukan yang berikut:
Simpan buku dalam iCloud Drive: Jika buku disimpan di tempat lain, pindahkan buku ke folder Pages dalam iCloud Drive.
Akaun iTunes Connect: Jika anda mempunyai akaun iTunes Connect untuk penerbitan buku, siapkan Apple ID dan kata laluan akaun. Jika tidak sediakan akaun iTunes Connect. iTunes Connect adalah tapak web yang membenarkan anda mengedarkan dan menguruskan buku pada Apple Books.
Senarai kandungan: Kebanyakan buku perlu menyertakan senarai kandungan yang pembaca boleh gunakan untuk navigasi. Untuk menyediakan buku supaya Pages boleh mencipta senarai kandungan, gunakan gaya perenggan ke pengepala atau bab dalam buku. Apabila Pages menjana fail EPUB, senarai kandungan dicipta secara automatik berdasarkan gaya perenggan tersebut. Untuk menyemak senarai kandungan, ketik nombor halaman di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Senarai Kandungan. Lihat Cipta senarai kandungan.
International Standard Book Number (ISBN-13): Anda tidak memerlukan ISBN-13 untuk menerbitkan ke Apple Books, tetapi jika anda mempunyainya, sediakannya, kerana anda hanya boleh memasukkannya kali pertama anda menyerahkan buku. Jika anda menerbitkan buku sendiri, anda boleh memohon anda memperoleh ISBN daripada agensi pendaftaran ISBN setempat anda.
Terbitkan ke Apple Books
Anda boleh memuat naik dan menerbitkan buku pada masa yang sama. Jika anda belum bersedia untuk memuat naik buku, anda boleh menyediakan pratempah dan memuat naik buku kemudian.
Buka buku dalam Pages, ketik , kemudian ketik Terbitkan ke Apple Books.
Dalam dialog Terbitkan Buku Anda, ketik Seterusnya.
Masukkan Apple ID dan kata laluan untuk akaun penerbitan buku iTunes Connect anda, kemudian ketik Daftar Masuk.
Pilih “Ini ialah buku baru”, pilih penjual (jika perlu) dan kemudian ketik Seterusnya.
Ikuti arahan atas skrin untuk memasukkan metadata buku dan pilih pilihan.
Metadata termasuk tajuk, pengarang, vendor, bahasa dan banyak lagi. Jika pilihan terdapat butang Info bersebelahannya, ketik butang untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan. Anda mesti memasukkan perihalan, kategori subjek dan penerbit. Jika anda tidak mempunyai seni kulit, setkan halaman pertama buku anda sebagai kulit buku.
Anda boleh tentukan julat halaman sehingga 15 halaman untuk digunakan sebagai petikan sampel. Jika anda tidak menentukan julat halaman, satu akan dicipta secara automatik.
Jika anda menyediakan pratempah dan tidak mahu untuk memuat naik buku atau menentukan sampel pada masa ini, setkan Pratempah kepada Ya, Muat Naik Buku kepada Tidak dan Termasuk Sampel kepada Tidak. Anda boleh memuat naik buku dan sampel kemudian.
Jika anda tidak memuat naik buku atau menyertakan sampel sekarang, langkau ke langkah 7. Jika tidak, ketik Seterusnya, kemudian ketik Pratonton Buku atau Pratonton Sampel.
Pratonton dibuka dalam Buku pada peranti anda, yang anda boleh sahkan bahawa ianya betul. Jika anda memasukkan lebih daripada satu kategori atau lebih daripada satu peranan, seperti Pengarang dan Editor, hanya satu sahaja ditunjukkan dalam pratonton.
Ketik Muat Naik.
Apabila buku (atau metadatanya, jika anda belum memuat naik buku) berjaya dimuat naik, anda melihat gesaan untuk menyelesaikan penerbitan dengan iTunes Connect.
Ketik Pergi ke iTunes Connect.
Halaman iTunes Connect dibuka dalam Safari.
Daftar masuk ke iTunes Connect dengan Apple ID untuk akaun penerbitan buku iTunes Connect anda.
Ketik Buku Saya pada halaman iTunes Connect, kemudian pilih buku yang anda serahkan.
Jika anda tidak melihat buku, tunggu selama beberapa minit untuk muat naik selesai. Apabila anda memilih buku, metadatanya dan maklumat lain yang anda masukkan muncul dalam halaman ringkasan.
Ketik Hak dan Harga, kemudian ketik Tambah Wilayah Baru.
Ikuti arahan atas skrin untuk memasukkan hak dan harga bagi wilayah yang anda pilih.
Jika anda menyediakan pratempah, anda juga boleh mengkonfigurasikan tarikh mula pratempah.
Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Kemas kini buku diterbit atau selesaikan menerbit buku pratempah
Pada bila-bila masa, anda boleh mengemas kini buku yang diterbitkan sebelum ini, atau muat naik buku yang anda sediakan untuk pratempah. Keduanya dianggap sebagai kemas kini, walaupun jika tiada buku atau sampel dimuat naik sebelumnya.
Buka buku dalam Pages, ketik , kemudian ketik Terbitkan ke Apple Books.
Ketik Seterusnya dalam dialog Terbitkan Buku Anda.
Masukkan Apple ID dan kata laluan untuk akaun penerbitan buku iTunes Connect anda, kemudian ketik Daftar Masuk.
Pilih “Ini ialah kemas kini untuk buku yang telah diserahkan sebelum ini”, kemudian ketik menu timbul dan pilih buku.
Terima nombor versi yang dicadangkan atau masukkan nombor anda sendiri, kemudian ketik Seterusnya.
Jika anda memuat naik buku yang diterbitkan sebelum ini dan mahu pembaca mengetahui perkara yang baru, masukkan maklumat tersebut dalam medan teks Baru dalam Versi Ini.
Buat sebarang pelarasan lain yang diperlukan kepada maklumat buku, kemudian ketik Seterusnya.
Ketik Muat Naik.
Apabila buku berjaya dimuat naik, anda melihat gesaan untuk selesaikan penerbitan dengan iTunes Connect.
Ketik Pergi ke iTunes Connect.
Halaman iTunes Connect dibuka dalam Safari.
Daftar masuk ke iTunes Connect dengan Apple ID untuk akaun penerbitan buku iTunes Connect anda.
Pilih Buku Saya pada halaman iTunes Connect, kemudian pilih buku yang anda serahkan.
Metadata buku dan maklumat lain yang anda masukkan muncul dalam halaman ringkasan.
Jika anda perlu melaraskan hak dan harga, ketik Tambah Wilayah Baru dan buat pelarasan.
Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Buku anda mesti disemak dan disahkan sebelum ianya tersedia pada Apple Books. Anda boleh menyemak status buku dalam Buku Saya pada iTunes Connect.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penerbitan pada Apple Books, lihat artikel Sokongan Apple ini, atau Panduan Pemformatan Apple Books. Untuk mendapatkan maklumat tentang menulis, menerbitkan, memasarkan dan menjual buku anda pada Apple Books, lihat authors.apple.com.