Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Setkan format filem untuk dokumen Pages pada iPad
Secara lalai, Pages menukarkan filem HEVC kepada H.264 supaya ia boleh dilihat pada peranti Mac yang lebih lama dan peranti iOS yang lebih lama. Anda boleh menukar seting ini jika anda mahu menggunakan filem yang diformat menggunakan Pengekodan Video Kecekapan Tinggi (HEVC).
Benarkan filem HEVC
Ketik , kemudian ketik Seting.
Ketik Menambah Filem, kemudian nyahaktifkan Optimumkan untuk Peranti Lebih Lama.
Dengan seting ini dinyahaktifkan, anda boleh menambah filem HEVC ke dokumen anda dan filem mengekalkan pemformatannya. Seting ini digunakan hanya pada filem yang anda tambah mulai sekarang dan bukan pada sebarang filem sedia ada dalam dokumen anda.
Nota: Versi iOS lebih awal daripada iOS 13 tidak menyokong kelutsinaran dalam filem HEVC, jadi jika filem HEVC anda mempunyai kelutsinaran (contohnya, dalam latar belakang), apa-apa sahaja yang dikodkan dalam filem (contohnya, hitam) ditunjukkan.