Jemput orang lain untuk bekerjasama dalam Pages pada iPad
Anda boleh menjemput orang lain untuk bekerjasama dengan anda pada dokumen pada masa nyata dengan menghantar mereka pautan kepadanya. Semua orang yang bekerjasama pada dokumen boleh membuat perubahan semasa ia dibuat.
Secara lalai, hanya orang yang anda jemput untuk bekerjasama pada dokumen tersebut boleh mengakses dan membuat perubahan kepadanya. Anda juga boleh menukar keizinan untuk membenarkan:
Sesiapa yang mempunyai pautan untuk mengakses dokumen.
Keizinan lihat sahaja, supaya orang lain tidak boleh membuat perubahan.
Nota: Jika anda mahu membenarkan peserta menjemput orang lain, anda dan peserta tersebut memerlukan macOS Monterey 12 atau lebih baharu, iOS 15 atau lebih baharu, atau iPadOS 15 atau lebih baharu dengan Pages 12.1 atau lebih baharu.
Jemput orang untuk bekerjasama
Arahan ini menganggap anda telah mendaftar masuk ke peranti anda dengan Apple ID anda dan Pages disediakan untuk menggunakan iCloud Drive.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika dokumen terbuka: Ketik . Jika anda tidak melihat butang, ketik di bahagian atas skrin, kemudian ketik .
Jika dokumen tertutup: Dalam pengurus dokumen atau app Fail, buka folder Pages dalam iCloud Drive, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik dokumen (tanda semak muncul), ketik Kongsi di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tambah Orang.
Ketik Pilihan Perkongsian.
Di bawah Orang Yang Boleh Mengakses, ketik pilihan:
Orang dijemput: Hanya orang yang anda jemput dan mendaftar masuk dengan Apple ID boleh membuka dokumen. Orang tidak perlu mempunyai Apple ID sebelum anda menjemput mereka; tetapi, mereka perlu menciptanya sebelum mereka boleh membuka dokumen dikongsi anda.
Sesiapa dengan pautan: Sesiapa dengan pautan ke dokumen dikongsi boleh mengetik atau mengklik pautan untuk membuka dokumen. Untuk melindunginya dengan kata laluan, ketik Tambah Kata Laluan.
Jika dokumen ini sudah mempunyai kata laluan, ia juga digunakan untuk dokumen dikongsi, jadi anda tidak perlu memasukkan yang baharu. Jika anda mahu menukarnya, ketik Tukar Kata Laluan.
Di bawah Keizinan, ketik pilihan untuk setkan apa yang orang lain boleh lakukan:
Boleh membuat perubahan: Orang lain boleh mengedit dan mencetak dokumen dikongsi.
Lihat sahaja: Orang boleh melihat dan mencetak dokumen dikongsi tetapi tidak boleh mengeditnya.
Jika anda setkan akses kepada “Orang dijemput” (dalam langkah 3), anda boleh menukar seting keizinan individu selepas anda berkongsi dokumen.
Jika anda mempunyai iOS 15 atau iPadOS 15 atau lebih baharu dipasang dan anda tidak mahu semua peserta dapat menjemput orang lain, nyahaktifkan “Sesiapa boleh menambah lebih ramai orang”.
Ketik Tambah Orang di bahagian penjuru kiri atas.
Ketik kaedah untuk menghantar pautan.
Untuk menghantar pautan menggunakan perkhidmatan seperti Twitter, akaun tersebut mesti disediakan pada peranti anda. (Jika anda telah menggunakan akaun tersebut pada peranti anda, jadi ia telah disediakan; jika tidak, sediakannya dalam Seting.) Untuk menggunakan perkhidmatan yang tidak disenaraikan, ketik Salin Pautan.
Taip alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap orang.
Jika anda menjemput seseorang menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang tidak dikaitkan dengan Apple ID, mereka tidak dapat menerima jemputan sehingga mereka menambah alamat e-mel atau nombor telefon ke Apple ID mereka. Arahan disediakan apabila mereka ketik atau klik pautan dalam jemputan.
Masukkan maklumat lain yang diminta, kemudian hantar atau siarkan mesej tersebut.
Jika anda memilih Salin Pautan, ketik tempat anda mahu tampal pautan, kemudian ketik Tampal.
Pautan muncul di bahagian isi e-mel, mesej, atau siaran bersama tajuk dokumen—pastikan untuk tidak mengedit atau memadamnya.
Penting: Apabila anda ketik Kongsi, pautan ke dokumen (termasuk tajuknya) dicipta pada iCloud. Jika tajuk atau kandungan dokumen adalah sulit, pastikan meminta penerima agar tidak memajukan pautan kepada orang lain.
Selepas anda berkongsi dokumen, tanda semak muncul pada butang Bekerjasama untuk menandakan dokumen telah dikongsi. Untuk melihat semua dokumen dikongsi anda, ketik Terbaru di bahagian bawah pengurus dokumen.
Jemput lebih ramai orang
Jika anda pemilik dokumen dikongsi yang aksesnya disetkan kepada “Orang dijemput”, atau jika pemilik dokumen dikongsi memberi anda keizinan untuk menambah lebih ramai orang, anda boleh menjemput lebih ramai orang.
Nota: Jika akses dokumen disetkan ke “Sesiapa dengan pautan,” anda tidak boleh menjemput orang baharu seperti yang diterangkan dalam tugas ini. Sebaliknya, hantar mereka pautan tersebut (lihat tugas seterusnya).
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika dokumen terbuka: Ketik , kemudian ketik Tambah Orang di bahagian bawah senarai peserta.
Jika dokumen tertutup: Dalam pengurus dokumen atau app Fail, buka folder Pages dalam iCloud Drive, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik dokumen (tanda semak muncul), ketik Kongsi di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tambah Orang.
Jika dokumen tertutup: Dengan pengurus dokumen dalam paparan layar, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik dokumen (tanda semak muncul), ketik Kongsi di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tambah Orang.
Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian ketik seting keizinan untuk orang baharu.
Seting ini hanya mempengaruhi orang baharu anda akan jemput, ia tidak mengubah keizinan orang yang anda telah jemput.
Ketik Hantar Pautan, kemudian ketik kaedah untuk menghantar pautan.
Pautan mungkin muncul di bahagian isi e-mel, mesej, atau siaran sebagai grafik digayakan dengan tajuk dokumen—pastikan tidak mengedit atau memadamnya.
Anda boleh tukar keizinan individu untuk orang baharu selepas anda menghantar atau menyiar pautan.
Untuk butiran tentang seting keizinan dan menghantar pautan, lihat “Jemput orang untuk bekerjasama,” di atas.
Hantar pautan ke lebih ramai orang
Jika akses dokumen anda disetkan kepada “Sesiapa dengan pautan”, anda boleh memberi orang baharu akses ke dokumen hanya dengan menghantar pautan dokumen kepada mereka.
Nota: Jika akses dokumen disetkan ke “Orang dijemput”, anda menambah orang baharu dengan menghantar jemputan untuk bekerjasama kepada mereka (lihat tugasan di atas).
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika dokumen terbuka: Ketik .
Jika dokumen tertutup: Dalam pengurus dokumen atau app Fail, buka folder Pages dalam iCloud Drive, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik dokumen (tanda semak muncul), ketik Kongsi di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tambah Orang.
Ketik Hantar Pautan, kemudian ketik kaedah untuk menghantar pautan.
Alamatkan e-mel, mesej, atau siaran, kemudian hantar atau siarkan pautan.
Untuk butiran tentang menghantar pautan, lihat “Jemput orang untuk bekerjasama,” di atas.
Salin dan tampal pautan
Mana-mana peserta boleh menyalin pautan dokumen dan tampalnya di tempat lain. Anda mungkin mahu lakukannya, sebagai contoh, untuk menyimpan pautan di mana anda boleh akses dengan mudah.
Jika pemilik mengehadkan akses hanya kepada orang yang mereka jemput, pautan hanya berfungsi untuk peserta yang dijemput.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika dokumen terbuka: Ketik .
Jika dokumen tertutup: Dalam pengurus dokumen atau app Fail, buka folder Pages dalam iCloud Drive, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik dokumen (tanda semak muncul), ketik Kongsi di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tambah Orang.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik Salin Pautan (atau jika anda pemilik, ketik Pilihan Perkongsian, kemudian ketik Salin Pautan). Anda boleh melihat pilihan ini jika dokumen dikongsi hanya dengan jemputan.
Ketik Hantar Pautan, kemudian ketik Salin Pautan. Anda melihat pilihan ini jika dokumen dikongsi dengan sesiapa yang mempunyai pautan.
Ketik tempat yang anda mahu tampalkan pautan, kemudian ketik Tampal.
Petua: Jika dokumen dilindungi oleh kata laluan, untuk tujuan keselamatan jangan menghantar kata laluan dengan pautan.