Folder dikongsi dan kerjasama dalam Numbers
Jika anda berkongsi folder yang mengandungi hamparan Numbers, semua orang yang mempunyai keizinan untuk melihat folder boleh membuka hamparan di dalam folder.
Penting: Untuk mencipta, melihat dan bekerjasama dengan folder dikongsi, anda memerlukan peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum: macOS 12, iOS 15, iPadOS 15, atau lebih baharu.
Ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati tentang bekerjasama pada hamparan dalam folder dikongsi:
Jika anda mahu menjemput orang untuk bekerjasama pada hamparan dalam folder dikongsi, anda perlu menukar seting untuk keseluruhan folder dan bukannya menambah peserta ke hamparan.
Jika anda mengalihkan hamparan tidak dikongsi ke dalam folder dikongsi, hamparan tersebut dikongsi dengan sesiapa sahaja yang boleh membuka folder.
Jika anda mengalihkan hamparan dikongsi ke dalam folder dikongsi, hanya orang yang boleh membuka folder boleh membuka hamparan.
Jika hamparan yang anda sedang usahakan berada di dalam folder dikongsi, sesiapa sahaja dengan pautan ke hamparan mestilah mempunyai akses kepada keseluruhan folder untuk membuka dokumen.
Jika anda mahu berhenti berkongsi hamparan individu dalam folder dikongsi tanpa menukar seting untuk keseluruhan folder, anda boleh mengalihkan fail ke folder yang anda belum kongsi.
Jika anda berhenti berkongsi atau memadamkan folder dikongsi, semua fail dalam folder itu tidak lagi boleh dilihat oleh pengguna lain.
Jika peserta memadamkan folder dikongsi, folder hanya dipadamkan daripada peranti pengguna tersebut (kecuali jika anda pemilik folder).
Jika peserta (dengan keizinan untuk mengedit) memadamkan hamparan di dalam folder dikongsi, hamparan dipadamkan daripada peranti semua orang.
Nota: Pemilik boleh memulihkan hamparan yang dipadamkan pada iCloud.com. Lihat Panduan Pengguna iCloud untuk maklumat lanjut.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang berkongsi folder, lihat Panduan Pengguna macOS.