Panduan Pengguna Numbers untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka atau tutup hamparan
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Touch Bar untuk Numbers
-
- Gunakan iCloud dengan Numbers
- Import fail Excel atau teks
- Eksport ke Excel atau format fail lain
- Kurangkan saiz fail hamparan
- Simpan hamparan besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal hamparan
- Alihkan hamparan
- Kunci hamparan
- Lindungi hamparan dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Tambah pengiraan pada kumpulan kategori dalam Numbers pada Mac
Untuk setiap kumpulan atau subkumpulan dalam jadual dikategorikan, anda boleh menambah fungsi (pengiraan dipratentukan seperti jumlah, kiraan, atau purata) untuk meringkaskan data dalam sebarang lajur. Contohnya, dalam jadual dengan data jualan baju dikategorikan mengikut bulan, anda boleh menambah fungsi untuk mengira bilangan baju yang dijual setiap bulan. Anda boleh menambah fungsi ini ke baris ringkasan dalam setiap kategori dalam jadual anda.
Tambah fungsi ke sel baris ringkasan
Anda boleh menambah pengiraan, seperti kiraan, jumlah kecil, atau purata, untuk sebarang lajur data dalam sebarang baris ringkasan kumpulan. Pengiraan yang sama ditambahkan kepada semua kumpulan yang berada di paras sama dalam hierarki kategori secara automatik.
Klik sel kosong dalam baris ringkasan, klik , kemudian pilih fungsi.
Baris label kelihatan di atas baris ringkasan. Label ini tidak boleh diedit, tetapi anda boleh menukar gaya teksnya dan menyembunyikannya.
Anda juga boleh mengisih kumpulan mengikut nilai baris ringkasan. Lihat Susun ikut abjad dan isih data jadual dalam Numbers pada Mac.
Keluarkan fungsi daripada sel baris ringkasan
Klik sel dalam baris ringkasan dengan fungsi yang anda mahu keluarkan, klik , kemudian pilih Tiada Ringkasan.
Tunjukkan atau sembunyikan baris label.
Baris label ialah baris pilihan yang terletak di atas baris ringkasan. Baris ini menunjukkan nama kategori dan untuk sebarang sel yang ditambah fungsi, nama fungsi (kiraan, jumlah kecil, purata dan banyak lagi).
Gerakkan penuding ke atas segi empat kosong di sebelah kiri baris, klik anak panah yang kelihatan, kemudian pilih Tunjukkan Baris Label atau Sembunyikan Baris Label.
Anda juga boleh mencartakan hasil pengiraan dalam lajur baris ringkasan. Pilih lajur yang mengandungi pengiraan ringkasan yang anda mahu cartakan, klik dalam bar alat, kemudian pilih jenis carta.