Tambah dan edit lukisan dalam Numbers pada iPhone
Anda boleh menggunakan jari anda untuk mencipta dan mengedit lukisan dalam hamparan anda, kemudian alihkan atau saiznya semula.
Tambah lukisan
Pergi ke app Numbers pada iPhone anda, kemudian buka hamparan.
Ketik dalam bar alat, ketik , ketik Lukisan, kemudian ketik satu daripada alatan lukisan (pen, pensel, krayon, atau alat isian) dalam bar alat di bahagian bawah skrin.
Semasa anda melukis, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Tukar alat melukis: Ketik pensel, pen, krayon, atau alat isian dalam bar alat di bahagian bawah skrin.
Laraskan saiz goresan (ketebalan garis): Ketik pen, pensel, krayon, atau pemadam, ketiknya lagi, kemudian ketik saiz goresan.
Laraskan kelegapan warna: Ketik pen, pensel, krayon, atau alat isian, ketiknya lagi, kemudian seret gelangsar.
Tukar warna untuk alat yang dipilih: Untuk iOS 14, ketik roda warna, kemudian ketik warna praset atau gunakan kawalan untuk memilih warna tersuai. Gunakan kawalan untuk mencampurkan warna anda sendiri, kemudian ketik untuk menyimpan warna sebagai kegemaran. Untuk mengeluarkan kegemaran, sentuh dan tahan titik warna kegemaran, kemudian ketik Padam. Untuk iOS 13, ketik perigi warna, kemudian sama ada ketik warna dalam grid atau leret ke kiri dan cipta warna tersuai.
Isi kawasan dengan warna: Ketik alat isian, kemudian ketik kawasan. Untuk melukis bentuk yang telah diisi dengan warna, ketik alat isian, kemudian lukis bentuk.
Padam goresan: Ketik alat pemadam, ketiknya lagi, kemudian ketik Pemadam Objek. Ketik isian goresan atau objek yang anda mahu padamkan.
Padam piksel: Ketik alat pemadam, ketiknya lagi, ketik Pemadam Piksel, kemudian ketik titik yang anda mahu padamkan. Untuk kawalan halus, atau memadamkan titik yang lebih kecil, zum pada skrin. Anda boleh menyeret merentas lukisan anda untuk memadamkan bahagian garisan dan isian, mencipta goresan dan isian yang berasingan.
Skrol hamparan: Leret dengan dua jari.
Tunjukkan atau sembunyikan bar alat: Ketik di bahagian atas skrin.
Apabila anda siap melukis, ketik Selesai.
Alihkan lukisan
Pergi ke app Numbers pada iPhone anda, kemudian buka hamparan dengan lukisan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika bar alat lukisan tidak berada pada skrin: Ketik lukisan, kemudian seret lukisan dengan jari anda.
Jika bar alat lukisan berada pada skrin: Ketik alat pilihan, seret sekitar bahagian lukisan yang anda mahu alihkan, kemudian seret pilihan dengan jari anda.
Saiz semula lukisan
Pergi ke app Numbers pada iPhone anda, kemudian buka hamparan dengan lukisan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika bar alat lukisan tidak berada pada skrin: Ketik lukisan, kemudian seret mana-mana titik biru dengan jari anda.
Jika bar alat lukisan berada pada skrin: Ketik alat pilihan, seret sekitar bahagian lukisan yang anda saiz semula, ketik Saiz Semula, kemudian seret mana-mana titik biru.
Edit lukisan
Pergi ke app Numbers pada iPhone anda, kemudian buka hamparan dengan lukisan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dwiketik lukisan, kemudian buat perubahan anda.
Gabungkan lukisan
Anda boleh menggabungkan lukisan supaya ia kekal bersama sebagai sebuah objek tunggal. Ini menjadikannya lebih mudah untuk mengalihkan dan mensaiz semula lukisan secara keseluruhan.
Pergi ke app Numbers pada iPhone anda, kemudian buka hamparan dengan lebih daripada satu lukisan pada halaman.
Sentuh dan tahan satu lukisan, kemudian ketik lukisan lain dengan jari berlainan.
Ketik Gabung.
Asingkan lukisan kepada bahagian
Anda boleh mengasingkan lukisan kepada objek individu yang anda boleh alihkan, saiz semula, atau padam secara berasingan.
Pergi ke app Numbers pada iPhone anda, kemudian buka hamparan dengan lukisan.
Dwiketik lukisan.
Ketik alat pilihan, kemudian seret sekitar bahagian lukisan yang anda mahu asingkan.
Ketik Asingkan (anda mungkin perlu mengetik untuk melihatnya).
Jika anda mengulang proses ini untuk mengasingkan lukisan kepada berbilang objek.
Animasikan lukisan
Anda boleh menganimasikan lukisan supaya ia kelihatan dalam hamparan anda seperti ia sedang dilukis.
Pergi ke app Numbers pada iPhone anda, kemudian buka hamparan dengan lukisan.
Ketik untuk memilih lukisan yang anda mahu animasikan.
Ketik , ketik Lukisan, kemudian aktifkan Animasikan Lukisan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan tempoh masa animasi dimainkan: Seret gelangsar Tempoh.
Ulang animasi dalam gelung: Aktifkan Gelung.
Pratonton animasi: Ketik Main (anda mungkin perlu menskrol untuk melihatnya).
Untuk memainkan animasi dalam hamparan anda, pilih lukisan, kemudian ketik Mainkan Lukisan.
Tambah perihalan lukisan
Anda boleh tambahkan perihalan kepada sebarang lukisan dalam hamparan anda. Perihalan lukisan dibaca dengan teknologi bantu (sebagai contoh, VoiceOver) apabila seseorang menggunakan teknologi itu untuk mengakses hamparan anda. Perihalan lukisan tidak boleh dilihat di mana-mana dalam hamparan anda.
Pergi ke app Numbers pada iPhone anda, kemudian buka hamparan dengan lukisan.
Ketik lukisan untuk memilihnya, ketik , kemudian ketik Lukisan.
Ketik Perihalan, kemudian ketik dalam kotak teks dan masukkan teks anda.
Jika anda mengeksport hamparan anda sebagai PDF, perihalan lukisan masih boleh dibaca oleh teknologi bantu. Lihat Eksport format fail lain dalam Numbers pada iPhone.
Untuk menambah perihalan pada imej atau video, lihat Tambah perihalan imej atau Tambah perihalan video.
Kongsi atau simpan lukisan
Anda boleh berkongsi atau menyimpan sebarang lukisan sebagai imej dan anda juga boleh menyimpan lukisan beranimasi sebagai video.
Pergi ke app Numbers pada iPhone anda, kemudian buka hamparan dengan lukisan.
Dalam hamparan, ketik lukisan, kemudian ketik Kongsi (anda mungkin perlu mengetik untuk melihatnya).
Jika lukisan dianimasikan, ketik Kongsi sebagai Imej untuk berkongsinya atau menyimpannya sebagai imej, atau ketik Kongsi sebagai Filem untuk berkongsi atau menyimpannya sebagai video.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Kongsi: Ketik kaedah untuk menghantar lukisan.
Simpan: Untuk menyimpan ke Foto, ketik Simpan Imej atau Simpan Video (jika anda mahu menyimpan lukisan beranimasi sebagai video). Untuk menyimpan ke Fail, ketik Simpan ke Fail.